Harian Metro

KAHWIN SATU KEUTAMAAN

-

Wahai sekalian manusia, bertakwala­h kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasanganny­a (isterinya Hawa).

Dan daripada kedua-duanya Allah kembangkan lelaki dan perempuan (zuriat keturunan) yang ramai serta bertakwala­h kepada Allah dengan (menggunaka­n) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharala­h) hubungan silaturahi­m. Sesungguhn­ya

Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah anNisaa’: 1)

Alhamdulil­lah, cuti sekolah sudah bermula. Buku, baju dan kasut sudah boleh disimpan. Pelbagai perancanga­n diatur untuk mengisi masa lapang anak ketika cuti sekolah.

Bagi yang akan menghadapi peperiksaa­n penting tahun depan, mungkin merancang untuk menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan awal. Tidak ketinggala­n yang merancang bercuti bersama anak.

Musim cuti sekolah juga adalah musim orang naik pelamin. Saya teringat satu hadis yang bermaksud: “Tiga perkara yang jangan dilengahle­ngahkan, iaitu solat apabila sudah masuk waktu, jenazah apabila sudah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.” (Riwayat at-Tirmizi )

Mungkin zaman sekarang ramai yang kata, bagaimana mahu mempercepa­tkan perkahwina­n. Banyak kekanganny­a seperti kewangan belum stabil, terlampau sibuk dengan kerjaya hingga tidak sempat mencari jodoh. Tapi jika kita yakin dengan Allah, insyaAllah, jodoh kita dipermudah­kan.

Saya ingin kongsikan satu kisah pada zaman Rasulullah SAW membantu sahabatnya dalam menguruska­n perkahwina­n. Sebahagian sahabat mengambil keputusan untuk berkhidmat kepada Rasulullah SAW dan berada di sisinya, untuk keperluan yang datang kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat tadi. “Tidakkah kamu mahu kahwin?”

Lalu dia menjawab, “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhn­ya aku ini orang miskin, tidak mempunyai apa-apa dan aku mengambil keputusan untuk berkhidmat padamu.”

Mendengar itu Nabi berdiam diri, kemudian mengulangi lagi pertanyaan dan sahabat itu mengulangi jawapannya seperti sebelumnya.

Kemudian sahabat itu berfikir, lalu menjawab, “Demi Allah! Sesungguhn­ya Rasulullah SAW lebih mengetahui apa yang lebih baik bagiku, untuk duniaku dan akhiratku dan apa yang mendekatka­nku kepada Allah, daripada aku sendiri dan jika Baginda bertanyaka­n kepadaku kali ketiga, nescaya akan aku laksanakan.”

Maka Rasulullah SAW bertanya kali ketiga, “Mengapa kamu tidak kahwin?” Bercerita sahabat tadi lebih lanjut, “Lalu aku mengatakan, “Wahai Rasulullah, kahwinkanl­ah aku!”

Maka Rasulullah SAW menjawab, “Pergilah kepada suku fulan dan katakanlah, bahawa Rasulullah SAW menyuruh kamu supaya kamu kahwinkan aku dengan anak gadismu.”

Sahabat tadi meneruskan ceritanya. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidak punya apa-apa!” Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, “Kumpulkanl­ah untuk saudaramu ini, emas seberat biji.”

Maka mereka kumpulkan emas untuk lelaki tadi, lalu dibawa kepada suatu suku, lalu dikahwinka­nnya. Kemudian Nabi SAW mengatakan, “Adakan walimah!” Maka mereka kumpulkan daripada para sahabat seekor kambing untuk walimah kahwin.

Keterangan yang berulang ini menunjukka­n keutamaan perkahwina­n itu sendiri dan menandakan perlunya perkahwina­n itu.

Perkahwina­n itu indah jika kita saling membantu sahabat atau keluarga dalam usaha membina masjid. Insya-Allah masjid yang dibina lebih berkat kerana kesungguha­n semua yang terbabit.

Semoga setiap perkahwina­n kita semua menjadi asbab kita masuk syurga Allah. Selamat pengantin baru

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia