Harian Metro

Berlapang dada

-

Tentu ramai terkejut apabila penyanyi Elyana,

30, diumumkan tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Ahad lalu.

Ramai meramalkan giliran penyanyi lain diumumkan tersingkir tetapi laluan Elyana di pentas GV4 berakhir malam itu.

Lebih mengejutka­n apabila dalam ucapannya, penyanyi Tak Tercapai Akal itu mendedahka­n penyakit kanser yang dihidapi sejak lima tahun lalu.

Semua yang mendengar dan melihat program itu tercengang dan terkejut tetapi wajah Elyana tetap senyum dan ceria.

Tiada setitis air mata pun yang mengalir apabila bercerita mengenai penyakitny­a.

Elyana juga berkongsi masalah dihadapi iaitu susah tidur setiap malam. Katanya, dia bimbang tiada esok baginya.

Paling dibimbangk­an, tidak dapat melihat anak perempuan kesayangan­nya, Cinta Sumayyah kini berusia enam tahun.

“Apabila tidur, kadangkada­ng terasa jantung seperti terhenti mengejut dengan tiba-tiba. Mungkin ini kesan penyakit. Sebab itu saya sanggup bersengkan­g mata kerana takut tiada hari esok untuk saya,” katanya.

Dia masih boleh tersenyum sedangkan yang mendengar dan melihatnya menitiskan air mata.

Betapa kuat dan tabahnya Elyana. Kanser limfoma dihidapi kini tahap empat dan doktor meramalkan dia mempunyai masa setahun untuk hidup.

Dilahirkan pada 5 Julai 1987, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal yang juga anak kedua daripada empat beradik (semuanya perempuan), mula dikenali sebagai penyanyi sejak usianya 14 tahun pada 2001 dengan lagu Niat.

Mempunyai empat album, Satu (2002), Segalanya (2003), Bicara Mata

Ini (2005) dan Jadi Diriku (2007) antara lagu popularnya, Tak Tercapai Akal layak ke Anugerah Juara Lagu 21 (AJL21) pada Januari 2007, Kau atau Aku (Main Tarik Tali) dan Kalis Rindu.

Dalam usia muda, Elya- na dikenali dengan imej tersendiri seperti vokal unik dan bertenaga, sering berkaki ayam di pentas, muzik rock yang unik, karakter lucu dalam lakonan serta fesyennya yang popular dan menjadi ikutan anak muda.

Pada 2010, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin dan mempunyai anak perempuan,

Cinta Sumayyah.

Selepas berkahwin dan mempunyai anak, Elyana menyepi dari dunia seni dan kembali tahun lalu menyertai SuperKarok­sKoolFM bersama Intan Sarafina dan menjadi juara. Tahun ini menyertai GV4 pula.

Selama ini orang luar tidak tahu ujian dan dugaan yang diterimany­a hinggalah Ahad lalu. Hanya keluarga dan beberapa teman rapat yang tahu.

September lalu, Elyana berkongsi detik gembira meraikan ulang tahun anaknya di rumah mereka di Seksyen U10, Shah Alam.

Elyana rahsiakan semua itu kerana tidak mahu menagih simpati orang.

Tapi malam itu dikongsiny­a rahsia yang selama ini cuba ditutup serapat-rapatnya kerana dipengaruh­i rasa bersalah terhadap peminat yang selama ini sentiasa memberi sokongan terhadap karier nyanyianny­a.

Ketika dia berjuang menjalani rawatan kemoterapi kemudian perubatan alternatif, hanya mereka yang rapat dengannya yang tahu.

Anak gadisnya yang kini berusia enam tahun, setiap hari diingatkan mengenai ibunya yang sakit dan mahu anaknya tahu umur ibunya tidak panjang.

Sebagai anak kecil, apalah yang dia tahu apa yang dilalui ibunya tetapi Elyana mungkin mahu anaknya bersedia apabila tiba waktu dirinya dipanggil pulang oleh Yang Maha Esa.

Elyana bertuah mempunyai suami yang banyak memberi semangat kepadanya melalui hari-hari yang sukar.

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikirkan sakit tetapi hiduplah seperti orang biasa.” Kata-kata itu diucapkan suaminya tanpa jemu sejak lima tahun lalu untuk memujuk hati isteri supaya keluar daripada belenggu emosi.

Di sebalik ketawa dan senyum Elyana, suaminya lebih tahu betapa luluh hati isterinya ketika pulih dan bersemanga­t mahu kembali menyerikan dunia seni. Apabila kembali membuat rawatan awal tahun ini, doktor mengesahka­n kanser limfoma dalam tubuhnya berada di tahap empat.

Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin doktor meramalkan umurnya tidak panjang tetapi jika Allah inginkan umurnya panjang, semua itu rahsiaNya.

Semoga ketabahan Elyana ini menjadi contoh kepada ramai lagi pesakit kanser yang sedang berjuang. Jadikan kehidupan singkat itu sesuatu yang penuh bermakna.

Elyana menerima takdirnya dengan berlapang dada dan hati terbuka. Dia tahu ini adalah bahagian dirinya yang Allah aturkan untuknya.

Dia pasrah dan reda tetapi waktu sama menjalani rawatan sebagai satu usaha untuk kesembuhan.

“Saya teruskan kehidupan seperti biasa dan menjalani rawatan demi rawatan. Itu usaha saya tetapi kesembuhan itu datangnya daripada Allah.

“Doktor juga mencuba sebaik mungkin dan berpuluh-puluh kali saya jalani rawatan kemoterapi. Sembuh itu tidak, cuma memperlaha­n rebakan kanser ke seluruh tubuh,” katanya.

 ??  ?? Saya teruskan kehidupan seperti biasa dan menjalani rawatan demi rawatan. Itu usaha saya tetapi kesembuhan itu datangnya daripada Allah
ELYANA dan suami ketika meraikan ulang tahun kelahiran Cinta Sumayyah, September lalu.
Saya teruskan kehidupan seperti biasa dan menjalani rawatan demi rawatan. Itu usaha saya tetapi kesembuhan itu datangnya daripada Allah ELYANA dan suami ketika meraikan ulang tahun kelahiran Cinta Sumayyah, September lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia