Harian Metro

Bertaut bahagia

 Lelaki hargai bantuan Harian Metro satukan keluarga lepas 10 tahun terpisah

- Icka S Hassan am@hmetro.com.my

“Tiada kata yang saya dapat ucapkan selain berterima kasih kepada Harian Metro (HM) kerana membantu menyatukan saya kembali dengan keluarga selepas lebih 10 tahun terpisah,” kata Abdul Khalid Abdul Majid, 56.

Lelaki itu yang sebelum ini dijaga rakannya, Abu Bakar Osman, 64, di sebuah surau lama di Kampung Angga Bisa, Gachong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan tiba di rumah kakak sulungnya Hamemah, 57, di Taman Kandis Permai, Batu 4, di sini, jam 5 petang.

Abdul Khalid dalam keadaan sebak ketika ditemui memberitah­u dia terlalu gembira, malah tidak dapat melelapkan mata sejak kelmarin kerana tidak sabar untuk dibawa pulang ke kediaman kakaknya.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa gembira dapat berjumpa adik-beradik dan ahli keluarga yang terpisah sekian lama.

Saya tidak dapat menahan air mata setiap kali adik-beradik meluahkan kerinduan mereka kepada saya,” katanya.

Akhbar ini sejak Sabtu lalu menyiarkan Abdul Khalid dijaga Abu Bakar sejak dua bulan lalu selepas disahkan sakit dalam perut oleh doktor di Hospital Tuanku Ampuan

Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Bagaimanap­un, selepas kisah mereka disiarkan di HM, adik-beradik Abdul Khalid tampil untuk membawanya pulang ke rumah mereka, semalam.

Sementara itu, Hamemah berkata, keluargany­a akan mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran kepulangan adiknya ke pangkuan keluarga semula.

Katanya, dia juga bercadang mahu membawa Abdul Khalid menjalani rawatan tradisiona­l bagi membantu memulihkan penyakit dihidapiny­a.

“Kami sekeluarga sangat merinduiny­a dan mencarinya sejak beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Saya tidak dapat tahan air mata setiap kali adik-beradik luah kerinduan Abdul Khalid

 ??  ?? RAKAN mengunjung­i Abdul Khalid sebaik tiba di Taman Kandis Permai, Kampung Jawa.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.
RAKAN mengunjung­i Abdul Khalid sebaik tiba di Taman Kandis Permai, Kampung Jawa. LAPORAN Metro Ahad, semalam.
 ??  ?? ABDUL Khalid yang terlantar sakit pulang ke pangkuan keluargany­a di Taman Kandis Permai, semalam.
ABDUL Khalid yang terlantar sakit pulang ke pangkuan keluargany­a di Taman Kandis Permai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia