Harian Metro

Kepulangan diiringi air mata

-

Kuala Pilah: Suasana sedih menyelubun­gi pekarangan surau lama di Kampung Angga Bisa, Gachong, di sini, apabila Abdul Khalid Abdul Majid, 56, yang terlantar sakit sejak Oktober lalu dijemput pulang oleh ahli keluargany­a, semalam.

Lebih merasa kesedihan itu adalah sahabat baiknya, Abu Bakar Osman, 64, yang bertanggun­gjawab menjaga makan minum, memandikan dan menukar lampinnya sejak dia menghidap sakit dalam perut.

Kira-kira 30 penduduk turut hadir melihat kepulangan Abdul Khalid yang dijemput adiknya, Hamidah Abdul Majid, 51, berserta saudara-mara jam 11.30 pagi.

Abu Bakar berkata, dia tidak dapat menahan sebak sebaik melihat rakannya dibawa masuk ke dalam kereta sebelum melambaika­n tangan.

“Sudah 10 tahun kami mengenali kerana bersama-sama mempelajar­i ilmu agama di surau ini. Hari ini (semalam), dia pulang ke pangkuan keluarga di Klang, Selangor.

“Saya berharap apabila sembuh, dia datang semula ke sini untuk menjenguk saya,” katanya yang ditemui di surau berkenaan, semalam.

Menurutnya, biarpun tiada pertalian saudara, dia menganggap Abdul Khalid seperti adik kandung sendiri.

“Sejak Abdul Khalid terlantar sakit pada Oktober lalu, saya berazam menjaganya kerana Allah. Kami memiliki banyak kenangan dan dia seorang yang peramah serta rajin,” katanya.

Sementara itu, Hamidah berkata, ahli keluargany­a menghargai pengorbana­n Abu Bakar yang sanggup menjaga abangnya.

“Jasa ini terlalu besar dan kami tidak tahu bagaimana untuk membalasny­a. Buat masa ini, saya mahu memberikan penjagaan kesihatan terbaik buat abang dan jika sihat, dia boleh kembali menuntut ilmu agama di sini,” katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan ahli keluarga Abdul Khalid yang 10 tahun gagal menemuinya bertandang ke surau itu untuk membawanya pulang.

Kisah sedih menimpa Abdul Khalid mula disiarkan akhbar Harian Metro, kelmarin, yang melaporkan kemuliaan hati Abu Bakar menjaga sahabatnya sejak menghidap sakit dalam perut, dua bulan lalu.

 ??  ?? ABU Bakar (kiri) membantu mengangkat Abdul Khalid untuk dibawa pulang oleh keluargany­a, semalam.
ABU Bakar (kiri) membantu mengangkat Abdul Khalid untuk dibawa pulang oleh keluargany­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia