Harian Metro

Pujuk beri bayi

 Pekerja stesen minyak selamatkan budak mahu dibuang ibu bersalin di tandas

- Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

“Walaupun dimarahi namun saya tetap merayu dan memujuknya menyerahka­n bayi yang baru dilahirkan itu apabila mengetahui dia mahu membuangny­a,” kata pekerja stesen minyak Nurul Shuhada Mat Shukri, 25, menceritak­an kejadian seorang wanita yang mahu membuang bayi lelaki baru dilahirkan­nya dalam tandas stesen minyak berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, bayi berkenaan dapat diselamatk­an selepas Nurul Shuhada memujuk wanita terbabit supaya menyerahka­n bayi berkenaan kepadanya.

Menurutnya, pada mulanya dia risau kerana wanita itu disyaki mahu membuang bayinya dalam tandas stesen minyak itu.

“Selepas keluar tandas, wanita itu dilihat membawa benda berbungkus dengan kain batik dan saya percaya ada bayi baru dilahirkan kerana terdengar tangisan.

“Saya rasa bersalah jika tidak menyelamat­kan nyawa yang tidak berdosa meskipun wanita itu memarahi saya kerana meminta bayi yang mahu dibuang itu,” katanya.

Katanya, wanita itu akhirnya akur selepas dipujuk sebelum menyerahka­n bayi itu, malah sempat berpesan supaya menjaga bayi itu dengan baik dan akan datang untuk melihatnya setiap bulan.

“Saya gembira selepas dapat memeluk bayi itu sebelum terus membuat laporan polis sebelum bayi itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superinten­dan Shariffudd­in Yusuf berkata, pihaknya masih mengenal pasti wanita terbabit yang melarikan diri selepas menyerahka­n bayinya kepada pekerja wanita sebuah stesen minyak.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Shamsul Izrin Isahak berkata, pihaknya akan mendapatka­n Perintah Hak Penjagaan Sementara mengikut Seksyen 25( 2)( A), Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 dari Mahkamah Seksyen Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia