Harian Metro

Wanita dapat panggilan ditipu RM27,000

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang wanita kerugian RM27,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan melalui telefon yang menyamar pegawai bank dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan hutang.

Sindiket itu turut mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun memiliki waran tangkap kerana mengelak untuk membayar hutang menyebabka­n mangsa membuat beberapa transaksi ke akaun bank baru yang diarahkan dibuka oleh suspek.

Bagaimanap­un, mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, kelmarin untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya dihubungi seorang lelaki yang mendakwa pegawai bank pada 22 November lalu, jam 1.31 tengah hari ketika berada di rumahnya di Sungai Petani dan mendakwa mangsa mempunyai hutang yang belum dijelaskan.

Menurutnya, mangsa bagaimanap­un menafikan perkara itu sebelum suspek menyambung telefonnya kepada individu lain dengan mendakwa pegawai polis dari Bukit Aman. “Dalam perbualan itu, sindiket terbabit mengarahka­n mangsa membuka satu akaun bank baru dan memindahka­n semua wang itu ke dalam akaun berkenaan.

“Mangsa yang ketakutan selepas didakwa akan ditangkap kerana memiliki waran tangkap terpaksa akur dan mengikut arahan sindiket itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian memasukkan beberapa kali wang ke dalam akaun baru itu, malah nombor pin dan nombor akaun bank turut diserahkan kepada suspek.

“Saya bersyukur kerana kami semua selamat walaupun terapung lebih satu jam di laut,” kata Mohammad Hakimi Yusoff, 24, antara mangsa bot yang terbalik kira-kira 200 meter dari muara sungai Kuala Merang di sini, semalam.

Mohammad Hakimi yang juga tekong bersama enam nelayan yang lain terapung selepas bot kargo gentian kaca dinaiki mereka dipukul ombak kuat sebelum terbalik.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika Mohammad Hakimi bersama enam kru berusia antara 24 hingga 43 tahun dalam perjalanan menghantar barang dari Pulau Redang ke Jeti Merang, di sini.

Mohammad Hakimi berkata, ketika kejadian muara sungai cetek, aliran arus sungai deras dan laut bergelora.

“Bot

yang

membawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia