Harian Metro

Sejam dilambung ombak

-

 Bot dalam perjalanan hantar barang dari Pulau Redang ke Jeti Merang terbalik

muatan sampah dan ikan kira-kira 300 kilogram (kg) tersangkut di muara sungai dan tidak dapat bergerak menuju ke muara.

“Ketika berusaha untuk melepasi muara yang cetek itu, tiba-tiba bot kami dibadai ombak beberapa kali lalu terbalik,” katanya yang ditemui di Jeti Merang di sini, semalam.

Menurutnya, pukulan ombak yang kuat turut menyebabka­n bot mereka dan kru masing-masing dari Batu Rakit serta Merang dihanyutka­n ombak lebih 100 meter dari lokasi kejadian.

“Semua kru bot termasuk saya terapung lebih satu jam di laut sebelum dibantu nelayan tempatan.

“Saya orang terakhir keluar dari bawah bot kerana perlu memastikan semua kru selamat dan sempat memeriksa keadaan bot sebelum keluar,” katanya.

Mohammad Hakimi berkata, lebih 20 nelayan tempatan bersama-sama membantu mengangkat bot yang mengambil masa lebih satu jam dan ditunda ke jeti.

“Kerugian dianggarka­n sekitar RM150,000 kerana banyak kerosakan pada bot termasuk kanopi, stereng bot patah, enjin rosak serta beberapa kelengkapa­n lain musnah,” katanya.

Katanya, ia kejadian pertama menimpa dirinya sepanjang lebih dua tahun mengendali­kan bot berkenaan namun kejadian itu tidak membuatkan­nya serik untuk ke laut selepas ini.

Sementara itu, saksi kejadian, Amirul Ashraf Mohd Azehar, 33, berkata, dia sedang menjala ikan di muara sungai sebelum ternampak bot kargo gentian kaca itu dipukul ombak dan terbalik.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, saya memastikan keadaan kru bot selamat sebelum membantu mengangkat bot. Bot berjaya ditunda ke jeti pada jam 2 petang,” katanya.

 ??  ?? TUJUH nelayan terselamat dalam tragedi bot terbalik.
TUJUH nelayan terselamat dalam tragedi bot terbalik.
 ?? Mohammad Hakimi ?? Kerugian dianggarka­n sekitar RM150,000 kerana banyak kerosakan pada bot termasuk kanopi, stereng bot patah, enjin rosak serta beberapa kelengkapa­n lain musnah”
Mohammad Hakimi Kerugian dianggarka­n sekitar RM150,000 kerana banyak kerosakan pada bot termasuk kanopi, stereng bot patah, enjin rosak serta beberapa kelengkapa­n lain musnah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia