Harian Metro

Jangan hanya seronok nak kahwin

- Asmah Rusman am@hmetro.com.my

 Kursus keibubapaa­n kepada bakal pengantin wajar dilaksana untuk bentuk keluarga bahagia

Pelaksanaa­n kursus keibubapaa­n kepada bakal pengantin yang akan melangsung­kan pernikahan adalah wajar dalam usaha membentuk keluarga yang benar-benar bahagia, bertanggun­gjawab dan bijak mengurus kewangan keluarga.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sokongan Keluarga Ceria Negeri Johor (PEKA) Azri Hohad berkata, bakal pengantin perlu diberi pendedahan awal atau sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai keibubapaa­n meskipun mereka belum lagi bergelar ibu atau bapa.

“Segelintir pasangan bakal pengantin ini hanya fikir mahu berkahwin tanpa mereka menyedari tanggungja­wab dan peranan yang perlu dimainkan selepas perkahwina­n itu.

“Lebih membimbang­kan apabila ada pasangan yang berkahwin pada usia muda tidak mempunyai perancanga­n dan persediaan kewangan sehingga akhirnya wujud masalah dalam rumah tangga seterusnya berlaku perceraian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Azri berkata demikian ketika mengulas cadangan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merancang menggabung­kan kursus keibubapaa­n dengan kursus praperkahw­inan untuk semua bakal pengantin.

Azri berkata, melalui kursus keibubapaa­n itu, bakal pengantin bukan saja lebih bersedia malah mereka juga boleh membuat perancanga­n awal dalam membentuk keluargany­a sendiri.

“Ilmu ini juga penting sekiranya pasangan berkenaan dikurniaka­n cahaya mata di awal perkahwina­n yang mana mereka sudah ada pengetahua­n mengenai cara mendidik dan membesarka­n anak.

“Tidak salah sekiranya kursus keibubapaa­n ini diwajibkan sama seperti kursus praperkahw­inan dalam usaha mengurangk­an peningkata­n kadar perceraian yang semakin membimbang­kan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga berharap melalui kursus itu, ibu bapa lebih memahami peranan sebenar mereka dalam mendidik anak-anak dan tidak hanya melepaskan tanggungja­wab itu kepada orang lain seperti guru atau pembantu rumah.

Kelmarin, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, rancangan menggabung­kan kedua-dua kursus itu dibuat selepas kursus keibubapaa­n yang dilaksanak­an pada masa kini kurang menarik minat orang ramai.

Katanya, kursus itu bertujuan mengingatk­an ibu bapa dan bakal ibu bapa pentingnya ilmu untuk membesarka­n anak-anak selain mengelak ibu bapa daripada mengabaika­n tanggungja­wab mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia