Harian Metro

Sajian sambal tumis belangkas

-

Kepala Batas: Jika dulu, belangkas dibiarkan mati terdampar di pantai begitu saja tetapi kini dijadikan antara hidangan istimewa di restoran berikutan isinya dikatakan lebih sedap berbanding ketam selain mempunyai nilai perubatan.

Mohd Rashid Abdullah, 40, antara nelayan yang menyediaka­n hidangan belangkas sebagai menu di restoranny­a yang dikenali Warung Kulat di Sungai Abdul, Teluk Air Tawar di sini.

Belangkas yang diperoleh daripada beberapa nelayan ditempatka­n dalam bekas khas untuk dipilih pelanggan sebelum dimasak mengikut permintaan.

Mohd Rashid berkata, dia mula menyediaka­n belangkas sebagai menu sejak dua bulan lalu selain udang lipan dan ketam.

“Belangkas pantai berharga antara RM20 dan RM25 seekor manakala belangkas padi yang lebih kecil dijual RM10 seekor dan ia boleh direbus, bakar, goreng atau dibuat sambal tumis,” katanya.

Menurutnya, dulu belangkas mudah diperoleh dan harganya hanya 15 sen seekor tetapi kini ia sukar diperoleh dan biasanya terdapat di kawasan pantai berpasir yang dijadikan tempat untuk bertelur.

“Belangkas menjadi menu popular di selatan tanah air, tetapi masih kurang di utara. Ia mempunyai khasiat tertentu termasuk darahnya yang didakwa mempunyai bahan yang boleh mengesan sel virus dan bakteria.

“Isi belangkas pula banyak di belakang bawah cengkerang manakala telurnya dalam kantung lebih enak berbanding isi ketam,” katanya.

Difahamkan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang menjalanka­n penyelidik­an mengenai belangkas yang juga hidupan akuatik purba berikutan ia mempunyai nilai tinggi dari segi perubatan dan farmaseuti­kal terutama darah dan cengkerang­nya.

 ??  ?? MOHD Rashid menunjukka­n belangkas yang menjadi menu baru di restoranny­a, Warung Kulat dekat Teluk Air Tawar, Kepala Batas.
MOHD Rashid menunjukka­n belangkas yang menjadi menu baru di restoranny­a, Warung Kulat dekat Teluk Air Tawar, Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia