Harian Metro

Remaja teruja ganjaran wang mudah makan umpan

-

Golongan belia terutama remaja mudah dipengaruh­i untuk dijadikan ‘tokan dadah’ berikutan mudah dipujuk selain cepat gelap mata dengan ganjaran wang besar.

Penganalis­a jenayah Kamal Affandi Hashim berkata, ramai generasi muda terjebak dalam aktiviti pengedaran dadah berikutan sindiket menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran sebaik remaja itu menghabisk­an alam persekolah­an atau keciciran sekolah.

Menurutnya, pada mulanya, ramai remaja terjebak dalam aktiviti haram itu bagi memenuhi keperluan status sosial seperti memiliki telefon pintar, pakaian dan beg berjenama selain mengikuti perkembang­an trend semasa.

Katanya, lagak kaya dianggap lebih penting berbanding impak undang-undang jika tertangkap.

“Wang hasil pengedaran dadah ini menjadi sumber pendapatan mereka memiliki aset tetap yang berharga seperti rumah dan kereta. Tidak mustahil ia menjadi pekerjaan haram sepenuh masa jika golongan muda ini terus dibuai dengan realiti palsu itu,” katanya.

Katanya, disebabkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah hanya dikenakan terhadap mereka berusia 18 tahun ke atas secara tidak langsung ia menyebabka­n golongan muda dijadikan keldai dadah atau direkrut engedar baru.

“Aktiviti jenayah ini dipermudah dengan jaringan sosial sesama mereka yang sebaya,” katanya.

Menurutnya, kebelakang­an ini wujud kecenderun­gan pengedar mengeliruk­an pihak berkuasa membuat bungkusan dalam bentuk dikenali umum seperti paket minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia