Harian Metro

Gundah isteri tak pulang

-

Melaka: “Pulanglah ibu, kalau ada silap atau masalah, kita selesaikan dengan baik, kasihan anak,” rayu seorang suami, Zaimi Sabtu, 39, kepada isterinya yang menghilang­kan diri sejak lima hari lalu.

Bapa kepada tiga anak bimbang selepas isterinya, Noor Zuriaty Rani, 38, gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah.

Zaimi berkata, kali terakhir dia berjumpa isterinya pada Selasa lalu sebelum isterinya ke tempat kerja di Melaka Baru.

“Sebelum dia menghilang­kan diri, hubungan kami baik seperti biasa malah tiada perselisih­an faham.

“Sikapnya seperti biasa dan langsung tidak menunjukka­n perubahan terhadap saya dan anak,” katanya.

Menurutnya, isterinya keluar ke tempat kerja pada jam 8.10 pagi dan jam 11 pagi, dia ke rumah kakaknya di Klebang sementara menunggu syif kerja pada jam 4 petang.

“Jam 3 petang, saya ada menelefonn­ya tetapi tidak dijawab. Pada jam 4 petang, sekali lagi saya telefon tetapi gagal dihubungi.

“Ketika itu, saya mula rasa tidak sedap hati lalu menelefon semula anak kedua dan dia memberitah­u, isteri sudah ke tempat kerja,” katanya.

Zaimi berkata, dia bergegas ke tempat kerja isterinya namun isterinya tiada di sana dan hingga semalam, isterinya tidak ke pejabat.

“Saya bimbangkan keselamata­n dan sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya selain kasihan dengan anak yang asyik bertanya malah bermimpika­n ibu mereka.

“Apa yang saya hairan barang serta pakaiannya semua ada kecuali salinan geran dan surat perjanjian kereta tiada,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru, di sini, pada 29 November lalu mengenai kehilangan isterinya.

 ??  ?? ZAIMI menunjukka­n gambar Noor Zuriaty.
ZAIMI menunjukka­n gambar Noor Zuriaty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia