Harian Metro

Trauma banjir berulang selepas kaki dipotong Resah 9 kucing di rumah

- Zatul Iffah Zolkiply aztuliffah@hmetro.com.my

Marang: “Trauma ketika menghadapi banjir besar pada 2014 di Kuantan, Pahang masih menghantui saya dan kini saya sekali lagi melalui kejadian sama,” kata Abdul Aziz Embong, 51.

Abdul Aziz adalah antara 244 mangsa banjir yang ditempatka­n di Pusat Permindaha­n Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing selepas kediamanny­a dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Menurut Abdul Aziz, pengalaman kali ini lebih mencabar kerana kakinya baru saja dipotong kira-kira sebulan lalu akibat kencing manis.

“Dengan pergerakan yang terhad selain trauma pengalaman banjir sebelum ini, ia memang memberi saya tekanan.

“Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang perlu difikirkan termasuk keselamata­n anak bongsu, Nor Azah, 10, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana masalah saraf,” katanya.

Abdul Aziz berkata, air mula memasuki rumahnya pada jam 2 pagi Jumaat lalu sebelum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang menghulurk­an bantuan.

“Air naik dengan cepat dan pengerakan yang terhad membuatkan saya cemas apatah lagi memikirkan keselamata­n anak yang OKU, namun mujurlah APM cepat membantu.

“Selain itu, saya bimbang kaki dijangkiti kuman kerana ia belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Isterinya, Kartina Hashim,42, berkata, pengalaman ditimpa banjir sangat mencabar dan menakutkan.

“Bukan saja kerana anak yang OKU, tetapi keadaan suami yang tidak mampu berjalan seperti biasa membuatkan saya lebih bimbang.

“Namun kami bersyukur kerana diselamatk­an APM dengan kadar yang segera,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Zulkifli Maat, 51, berkata, pergerakan­nya yang terhad selepas diserang angin ahmar pada Ogos 2014 menyebabka­n dia memerlukan bantuan.

“Saya hanya mengharapk­an anak lelaki, Amir Nasrullah, 15, untuk menyelamat­kan barang berharga di dalam rumah,” katanya yang turut mempunyai anak OKU masalah pembelajar­an berusia 20 tahun.

“Pengalaman banjir tahun lalu membuatkan saya dan keluarga lebih bersedia,” katanya yang bersyukur kerana bantuan diterima segera.

Sementara itu, Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan A Latiff Awang berkata, seramai 244 mangsa banjir membabitka­n 70 keluarga dari enam kampung ditempatka­n di PPS SK Bukit Gasing.

“Masalah utama yang menyumbang kepada banjir adalah kerana saluran perparitan yang tersekat kerana berlaku penambakan tanah di tanah persendiri­an,” katanya.

Percutian lima sekeluarga di Sabah terganggu apabila memikirkan nasib sembilan ekor kucing selepas kediaman di Taman Desa Tanjung Damai, di sini, dinaiki air akibat hujan berterusan.

Menurut Abdul Malik Muhamad, 41, dia yang bercuti di Sabah sejak Selasa lalu bersama isteri dan tiga anak mula tidak senang duduk selepas melihat laporan banjir menerusi aplikasi

Tumpat: Setiap kali musim tengkujuh di negeri ini, pelbagai makanan tradisiona­l yang jarang dilihat sebelum ini boleh diperoleh dengan mudah.

Peniaga mengambil kesempatan menjual makanan itu sebagai sumber pendapatan berikutan mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai. Antaranya adalah ubi tonyoh atau ubi parut dimakan dengan isi kelapa parut yang sudah dicampurka­n dengan gula.

Peniaga, Mohd Syukri Mohd Nasir, 29, berkata, makanan itu sangat digemari sejak dulu lagi terutamany­a ketika musim tengkujuh.

“Ubi parut sudah terkenal ketika zaman datuk dan nenek kita, cuma bagi generasi baru ianya jarang didengari. Tidak ada pembaharua­n resepi dilakukan.

“Ubi kayu yang diparut akan dikukus sehingga masak sebelum dicampurka­n dengan kelapa manis,” katanya WhatsApp yang dikongsi jiran.

Katanya, dia yang baru tiba dari Sabah jam 8.30 pagi kelmarin terkejut apabila rumah sudah dinaiki air sehingga 0.5 meter.

“Memang tidak sangka air memasuki rumah memandangk­an pada banjir awal tahun ini kediaman tidak dinaiki air.

“Lebih menyedihka­n apabila seekor daripada sembilan ekor kucing lemas akibat banjir,” katanya ketika

ketika ditemui di Pasir Pekan, di sini, semalam.

Menurutnya, idea berniaga ubi tonyoh itu datang selepas mengadakan perbincang­an dengan isteri, Norma Mat Rajab, 30, bersama ahli keluargany­a ditemui di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Isterinya, Norma Ramli, 36 berkata, pemeriksaa­n mendapati beberapa ekor kucingnya berada di siling rumah mereka.

“Memang sedih melihat keadaan kucing-kucing peliharaan kami kerana selain kesejukan, ia ketakutan dan kelaparan,” katanya.

Abdul Malik berkata, dia kemudian meminta bantuan yang lain.

“Sebelum ini, saya dan isteri berniaga minuman di pasar malam, namun disebabkan musim hujan, permintaan terhadap air berkuranga­n.

“Jadi bagi menampung keperluan keluarga, saya pasukan penyelamat untuk menyelamat­kan dua kucing yang terperangk­ap selama empat hari di siling rumah.

Katanya, lapan anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem Seberang Takir bersama empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa 15 minit untuk menyelamat­kan dua ekor kucing itu.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang sanggup menyelamat­kan haiwan peliharaan kami sekeluarga dalam kesibukan mereka membantu menyelamat­kan mangsa banjir yang lain,” katanya.

 Lima sekeluarga tidak senang duduk bercuti di Sabah

dan isteri memilih untuk berniaga ubi parut.

“Setiap hari dianggarka­n 30 kilogram ubi parut terjual dan buat masa ini hanya itu yang termampu kerana bekalan kelapa terhad dan saya masih lagi mencari pembekal kelapa muda,” katanya.

 ??  ?? MOHD Syukri (tengah) bersama isteri, Norma melayan pelanggan yang membeli ubi parut ketika musim tengkujuh di gerainya di Pasir Pekan.
MOHD Syukri (tengah) bersama isteri, Norma melayan pelanggan yang membeli ubi parut ketika musim tengkujuh di gerainya di Pasir Pekan.
 ??  ?? ABDUL Aziz bersama isteri Kartina (kanan), dan anak mereka yang menghidap penyakit saraf di pusat pemindahan SK Bukit Gasing.
ABDUL Aziz bersama isteri Kartina (kanan), dan anak mereka yang menghidap penyakit saraf di pusat pemindahan SK Bukit Gasing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia