Harian Metro

Tiada bangkai haiwan ditemui

-

hati ketika menyertai operasi itu pada kali pertama.

Katanya, ia memandangk­an gegaran susulan masih dirasai, namun melihat rakan lain yang bersemanga­t mereka meneruskan Ops Rescue Tumbuhan di kawasan laluan baru atau

“Ketika melakukan pemindahan tumbuhan orkid yang terjejas, saya bersama dua lagi rakan dikejutkan dengan dentuman kuat serta gegaran selama beberapa saat.

“Situasi itu menyebabka­n kami mencari perlindung­an. Nasib baik, sebelum kami menjalanka­n operasi, kami sudah menerima taklimat berhubung langkah perlu diambil jika berlaku sebarang bencana di gunung.

“Syukur kami semua selamat tetapi kami agak trauma mendengar dentuman kuat, lebih-lebih lagi ketika berada di atas gunung,” katanya.

Katanya, antara cabaran yang tidak dapat dilupakan apabila kejadian cuaca sejuk menyebabka­n kumpulan mereka mengalami kekurangan oksigen.

“Walaupun Ops

Rescue Tumbuhan tidak berbahaya seperti operasi mencari dan menyelamat mangsa yang mana pasukan penyelamat melihat mayat dan cebisan daging manusia, namun kami turut merasainya apabila melihat keadaan kemusnahan tumbuhan di kawasan Gunung Kinabalu,” katanya. Ranau: Tiada satu pun bangkai haiwan ditemui ketika Ops Rescue Tumbuhan dijalankan, selepas seminggu kejadian gempa bumi pada 2015 lalu.

Perkara itu diberitahu Pegawai Unit Interpreta­tif dan Pendidikan, Taman-Taman Sabah Alim Biun, antara kakitangan Taman-Taman Sabah yang menyertai Ops Rescue Tumbuhan bagi mengenal pasti kemusnahan dan kerosakan di Gunung Kinabalu akibat tragedi gempa bumi itu.

Alim berkata, beberapa hari selepas gempa bumi itu berlaku, beliau secara peribadi melakukan pemeriksaa­n di kawasan yang terjejas teruk akibat bencana alam itu.

Katanya, daripada segi andaian penyelidik, situasi itu mungkin disebabkan haiwan sangat peka kepada perubahan semasa alam semula jadi dan awal-awal lagi menghindar­i sesuatu kawasan sebelum gempa bumi.

“Seminggu selepas gempa bumi itu, saya ke kawasan yang terjejas untuk menentukan haiwan yang terjejas...tiada bangkai yang ditemui kecuali tumbuh-tumbuhan yang terjejas teruk.

“Bagaimanap­un, kejadian gempa bumi itu menjejaska­n habitat haiwan di Gunung Kinabalu, tetapi haiwan amat peka dengan fenomena alam semula jadi seperti bencana gempa bumi,” katanya.

Menurutnya, keadaan di Gunung Kinabalu kini beransur pulih dan habitat burung juga sudah kembali ke tempat asalnya.

Katanya, daripada segi pemerhatia­n, tiada banyak perubahan susulan gempa bumi itu.

“Di Taman Kinabalu, sebanyak 53 spesies burung dan lebih 30 spesies adalah endemik (berasal dari Taman Kinabalu) dan kini burung-burung kembali ke tempat habitat asal mereka.

“Pada Ogos lalu, saya sekali lagi melakukan pemeriksaa­n dan mendapati beberapa haiwan sudah kembali kepada habitat asal mereka,” katanya.

 ?? Kinahim Sampang ?? Saya mengikut Ops Rescue Tumbuhan sebanyak dua kali. Pertama, pada 27 Julai 2015 lalu. Ketika itu saya bersama dengan lima rakan sekerja melakukan tinjauan kerosakan tumbuhan di sepanjang laluan pendakian di Gunung Kinabalu dan terdapat beberapa...
Kinahim Sampang Saya mengikut Ops Rescue Tumbuhan sebanyak dua kali. Pertama, pada 27 Julai 2015 lalu. Ketika itu saya bersama dengan lima rakan sekerja melakukan tinjauan kerosakan tumbuhan di sepanjang laluan pendakian di Gunung Kinabalu dan terdapat beberapa...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Kinahim Sampang ??
Kinahim Sampang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia