Harian Metro

‘Nak sunat macam Upin, Ipin’

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Port Dickson: “Saya nak berkhatan, Upin dan Ipin cakap tak sakit pun,” itu antara kata spontan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Muhammad Azfahsya Rizqi Muhammad Saiful yang menyertai Program Khatan Perdana anjuran Tadika Islam Bandar Springhill, di sini, semalam.

Bapanya, Muhammad Saiful Hanif, 30, berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya itu mahu mengikut sama selepas mengetahui abangnya, Muhammad Ashraf Darwish, 5, mahu berkhatan.

Katanya, dua anaknya itu terpengaru­h dengan kartun Upin dan Ipin yang menjadi kegemaran mereka.

“Pada mulanya saya risau tambahan pula Muhammad Azfahsya baru berusia tiga

Kehadiran seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seperti pengantin dari negara Timur Tengah menarik perhatian orang ramai pada program Sunathon di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, kelmarin.

Program disertai lebih 150 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun membabitka­n golongan asnaf, mualaf dan anak yatim dianjurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Worldwide Holdings Bhd (WHB).

Kanak-kanak itu Muhammad Mikaaeel Muhammad Murshid, 5, berkata dia teruja menyertai tahun. Tetapi selepas mendengar pandangan ahli keluarga serta rakan, saya membenarka­n merek berkhatan,” katanya.

Muhammad Shaiful berkata, anak bongsunya memberitah­u Upin tidak berkhatan berseorang­an sebaliknya bersama Ipin.

“Disebabkan itu, dia mahu menemani abangnya. Saya juga lega kerana isteri, Nurul Atiqah Ishak adalah guru di tadika ini, sekali gus memudahkan urusan kami,” katanya yang bertugas sebagai pembantu am di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang.

Sementara itu, pengurus program, Abdul Fatah Zakaria berkata, program terbabit pertama kali diadakan yang menyaksika­n 17 kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun berkhatan.

“Sebelum dikhatanka­n, mereka dimandikan secara beramai-ramai menggunaka­n semburan air pili bomba. Alhamdulil­lah, majlis berjalan lancar dan semua peserta ceria,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Saiful bersama Muhammad Azfahsya dan Muhammad Ashraf.
PESERTA berkhatan dimandikan dengan semburan air bomba anjuran Tadika Islam Bandar Springhill.
MUHAMMAD Saiful bersama Muhammad Azfahsya dan Muhammad Ashraf. PESERTA berkhatan dimandikan dengan semburan air bomba anjuran Tadika Islam Bandar Springhill.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAM MAD Mikaaeel yang ber p akaian pengantin Arab men cu r i p er hat ian r amai.
MUHAM MAD Mikaaeel yang ber p akaian pengantin Arab men cu r i p er hat ian r amai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia