Harian Metro

Disangka mangsa nahas Gadis disyaki berpenyaki­t kronik rupa-rupanya hamil

-

Ampang: Luluh hati seorang pengawal keselamata­n apabila sangkaan anak perempuann­ya menghidap penyakit kronik hanya igauan palsu berikutan gadis terbabit disahkan hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaa­n di sebuah hospital swasta, di sini.

Difahamkan, gadis berusia 14 tahun itu melakukan hubungan seks dengan rakan lelaki berusia 16 tahun di sebuah pusat beli-belah di bandar ini hanya kerana terlalu mencintain­ya.

Sumber polis berkata, bapa mangsa berusia 47 tahun melihat perubahan fizikal anak perempuann­ya selain kerap mengadu sakit terutama di perut.

Katanya, lelaki itu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut bagi mengenal pasti punca penyakit.

“Sebelum itu, gadis berkenaan yang masih bersekolah sering mengadu sakit perut dan tidak bermaya menyebabka­n lelaki terbabit rasa bimbang mungkin anak perempuann­ya terkena penyakit kronik.

“Namun, kebimbanga­n itu bertukar kepada perasan kecewa apabila doktor memaklumka­n anak perempuann­ya hamil dua bulan dan tiada masalah kesihatan. Malah, gadis itu memaklumka­n pernah melakukan hubungan seks dengan rakan lelakinya, namun menafikan melakukan berulang kali,” katanya.

Katanya, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Ampang.

 Dua mayat ditemui terbaring berlumuran darah

kejadian pada jam 7.45 malam sebelum anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedudukan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan meniarap di atas rumput di deretan bangunan kawasan perindustr­ian itu.

“Terdapat kesan tetakan dan tikaman di badan serta muka kedua-dua mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN mangsa akibat diserang individu di tempat kerjanya di Taman Balakong Jaya, Kajang,
KEADAAN mangsa akibat diserang individu di tempat kerjanya di Taman Balakong Jaya, Kajang,
 ??  ?? SATU lagi mayat yang ditemui bergelimpa­ngan akibat diserang.
SATU lagi mayat yang ditemui bergelimpa­ngan akibat diserang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia