Harian Metro

Tak nak harap bantuan orang

-

Subang Jaya: Memegang status orang kurang upaya (OKU) bukanlah alasan K Nagamal bergantung hidup sepenuhnya kepada orang lain, sebaliknya dia berusaha selagi daya menggunaka­n kemahiran menjahit untuk menyara kehidupan.

Nagamal, 47, yang lumpuh akibat polio berkata, dia mendapat latihan dan bimbingan di bengkel jahitan di Rumah Amal Cheshire Selayang, tempat perlindung­annya sejak berusia 10 tahun.

“Saya belajar setakat darjah dua saja, malah pernah bekerja sebagai operator telefon di sebuah syarikat swasta, namun disebabkan pergerakan terbatas saya terpaksa berhenti kerja.

“Apa pun hidup tetap memerlukan duit, jadi saya tidak mahu terus duduk diam mengharapk­an ihsan orang, sebaliknya menggunaka­n kudrat dan kemahiran untuk mencari pendapatan sendiri.

“Upah menjahit itu, saya simpan dalam bank untuk pergi melancong bersama suami suatu hari nanti,” katanya yang mampu meraih antara RM300 hingga RM500 sebulan bergantung kepada tempahan.

Menurutnya, dia semakin bersemanga­t apabila sentuhan tangannya bersama seorang penghuni rumah amal itu diberi kepercayaa­n dalam koleksi aksesori pereka tempatan, Norish Kareem ke Minggu Fesyen New York, Februari lalu.

“Ia satu penghargaa­n buat orang istimewa seperti kami dan saya bersyukur peluang ini dapat membantu mengembang­kan lagi potensi kami ke pasaran luar.

“Bagi saya, OKU di luar sana jangan mudah berputus asa, gunakanlah kemahiran dan kemampuan yang ada untuk memajukan diri kerana kita tidak boleh selamanya bergantung harap kepada orang lain,” katanya.

 ??  ?? NAGAMAL bersama hasil kraftangan yang dihasilkan­nya.
NAGAMAL bersama hasil kraftangan yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia