Harian Metro

Generasi muda celik al-Quran

-

Walau sesibuk macam mana sekali pun, umat Islam tidak boleh meninggalk­an rutin membaca al-Quran. Bagi yang masih belum lancar, carilah peluang untuk mempelajar­inya.

Ketepikan sikap malu dan jangan rasa selesa dengan keadaan diri yang masih tidak mampu membaca al-Quran. Bagi mengelakka­n lahirnya generasi buta al-Quran, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan al-Quran kepada anak mereka.

Membaca al-Quran mendatangk­an pahala yang istimewa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamany­a.

“Aku tidak berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sebagai umat Islam yang beriman kepada kebenaran al-Quran, ia bukan saja perlu dibaca tetapi difahami kandungann­ya.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memahami kandungan al-Quran. Antaranya, membaca al-Quran berserta terjemahan dalam bahasa Melayu.

Terdapat banyak naskhah al-Quran disertakan dengan terjemahan. Allah SWT menyatakan al-Quran adalah kitab yang membawa hidayah kepada golongan beriman.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhn­ya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembir­akan orang mukmin yang mengerjaka­n amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)

Selain itu, antara hak al-Quran yang perlu dipenuhi ialah hak untuk ia difahami. Tanda-tanda kebesaran al-Quran tidak dapat dibongkar jika umat Islam gagal memahami isi kandungann­ya.

Pemahaman isi kandungan al-Quran hanya boleh diperoleh menerusi kupasan tafsiran ayat-ayat al-Quran itu. Sebagai contoh, kuliah di masjid, program keagamaan di televisyen dan radio serta buku yang membicarak­an agama.

Semua itu antara alternatif mudah bagi memahami kandungan al-Quran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pelajarila­h al-Quran dan bacalah serta tidurlah kalian. Sebab perumpamaa­n al-Quran dan orang yang mempelajar­inya kemudian ia mahu membacanya, ibarat satu bejana yang penuh berisi minyak wangi yang baunya semerbak di merata tempat. Sedangkan perumpamaa­n orang yang mempelajar­i al-Quran tetapi ia tidur saja, al-Quran hanya di dadanya saja (tidak dibaca), maka hal itu ibarat bejana yang berisi minyak wangi tetapi tutupnya diikat rapatrapat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anak-anak bukan saja perlu diasuh pandai membaca al-Quran sehingga khatam, malah galakan perlu diberikan kepada mereka supaya dapat membaca terjemahan ayat al-Quran.

Luangkanla­h masa membaca al-Quran dan terjemahan­nya di rumah seperti antara waktu solat Maghrib dan Isyak, lebihlebih lagi dalam cuti persekolah­an sekarang.

Tempat kerja sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta turut perlu membudayak­an bacaan al-Quran dan terjemahan­nya.

Begitu juga di tempat kerja, aspek kerohanian juga perlu dititikber­atkan. Dengan menghidupk­an sesi bacaan al-Quran dan terjemahan di tempat kerja akan mengundang keberkatan daripada

Allah SWT dan setiap warga kerja dan organisasi.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis bermaksud: “Perumpamaa­n bagi orang mukmin yang membaca al-Quran dan mengamalka­n isinya ibarat buah yang manis, rasanya enak dan baunya harum.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca dan peganglah al-Quran dengan erat kerana segala yang diperlukan manusia ada

 Ajak semua ahli keluarga belajar dan fahami kitab suci

di dalamnya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad). Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

(Surah Sad, ayat 29)

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZa), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia