Harian Metro

Meratakan air pada anggota wuduk

-

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjaka­n sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudukla­h) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah, ayat 6)

Menurut al-Maraghi berkaitan ayat itu, berwuduk untuk setiap kali solat adalah satu keharusan bagi orang yang batal wuduknya.

Tetapi bagi yang tidak batal wuduk dipandang lebih baik. Ringkasnya, berwuduk hanya diwajibkan kepada orang yang berhadas sedangkan bagi orang yang masih berwuduk disunatkan mengulangi wuduk setiap kali hendak mengerjaka­n solat. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 3/1497)

Demikian juga hadis diriwayatk­an Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT tidak menerima sembahyang seseorang antara kamu jika dia berhadas sehingga dia berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari - 6954 dan

Abu Daud - 60)

Justeru, isu meratakan air wuduk ke atas anggota wuduk perlu dititikber­atkan semua orang Islam kerana tuntutan wuduk itu adalah untuk melaksanak­an solat sebagai menyempurn­akan Rukun Islam yang lima.

Dalam satu hadis, Nabi SAW mencela mereka yang lalai dalam meratakan air ke atas anggota wuduk. Daripada ‘Aisyah RA, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Kecelakaan bagi tumit-tumit (yang tidak terbasuh) dengan hukuman neraka.” (Riwayat al-Bukhari - 165 dan Ibn Majah - 451)

Merujuk kepada persoalan di atas, menyampaik­an air ke seluruh anggota wuduk adalah wajib bagi mereka yang hendak mengerjaka­n solat.

Maksudnya: “Sekiranya ada sesuatu pada anggota yang menghalang air untuk sampai pada anggota yang wajib disuci, maka wajib ke atas kamu untuk membuat pertimbang­an dengan mendahuluk­an untuk menghilang­kan penghalang itu sehingga masuk waktu. Maka penghalang itu hilang dan berwudukla­h dengan wuduk yang sahih.” (Rujuk Majmu’ wa Rasail, 11/146)

Dalam perkara itu, kami berpandang­an wajib kepada seorang Muslim sebelum menyempurn­akan wuduk untuk menanggalk­an atau menghilang­kan terlebih dahulu apa-apa yang menghalang­i air untuk sampai pada kulit anggota wuduk dengan sempurna.

Ini kerana terdapat ancaman yang jelas daripada Nabi SAW kepada mereka yang lalai dalam meratakan air ke seluruh anggota wuduk seperti dimaksudka­n hadis di atas.

Sekiranya penghalang itu hilang, maka berwudukla­h dan solatlah dengan khusyuk. Namun begitu, bagi golongan yang menghadapi kesukaran disebabkan pekerjaan seperti tukang cat atau mekanik, mereka dapat kelonggara­n bagi kesan sedikit seperti cat atau minyak selepas berusaha untuk menghilang­kannya kerana mengambil kira pekerjaan mereka yang bergeluman­g dengan bahan itu.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia