Harian Metro

Generasi muda diseru bersama bangun negara

-

Shah Alam: Generasi muda diseru meneruskan sekali gus turut serta dalam pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an kerajaan kerana ia dibina untuk masa depan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, setiap tindakan sama ada mahu menjatuhka­n sesuatu yang dibina kerajaan kerana mengharapk­an masa depan yang lebih cerah adalah perbuatan sia-sia dan merugikan.

Menurutnya, sebagai contoh, kemusnahan seperti yang berlaku di negara Arab termasuk di Libya, Mesir dan beberapa negara lain menjadi bukti ia tidak memberi sebarang manfaat, malah merugikan rakyat negara itu sendiri.

“Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, biarlah kita dilahirkan di sini dan disemadika­n di sini.

“Jagalah negara kita sebaiknya, jika dilihat Arab Spring hanya kerana dirasakan itu penyelesai­an untuk masa depan, lihatlah negara Arab yang hancur kini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini, malam semalam.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Pengarah PEMANAS 5.0 Mohd Shahar Abdullah dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

PEMANAS 5.0 diadakan bermula 29 November lalu hingga semalam dengan menghimpun­kan seramai 350 mahasiswa dari dalam dan luar negara.

Bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baru’, persidanga­n anjuran Biro Pendidikan UMNO itu membincang­kan beberapa topik termasuk politik, ekonomi, agama serta pendidikan.

 ??  ?? NAJIB hadir merasmikan Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional 5.0 di UiTM, semalam.
NAJIB hadir merasmikan Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional 5.0 di UiTM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia