Harian Metro

Siasatan ambil masa panjang

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazamh@hmetro.com.my

 Polis perlu masa teliti laporan RCI mengenai urus niaga matawang asing

Siasatan berhubung laporan polis dibuat Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an djangka mengambil masa panjang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berikutan itu pihaknya menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh untuk melakukan siasatan.

Bagaimanap­un, katanya, siasatan terbabit tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana memerlukan penelitian lanjut.

“Selepas diteliti semua keperluan dan laporan polis yang dibuat, kita membuka (kertas) siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurut Mohamad Fuzi, siasatan sedang berjalan dan terlalu awal untuk pihaknya memberi penjelasan mengenainy­a.

Katanya, siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu, sebaliknya jika saksi ramai yang terbabit, masa lebih panjang diperlukan.

“Laporan berhubung perkara itu baru dibuat Khamis lalu dan kami tahu apa yang perlu dibuat. Cuma, dalam siasatan ini kita tidak menetapkan sebarang tempoh masa dan siasatan akan disiapkan secepat mungkin,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (tengah) dan Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (tiga dari kiri) bersama kontinjen di PULAPOL.
MOHAMAD Fuzi (tengah) dan Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (tiga dari kiri) bersama kontinjen di PULAPOL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia