Harian Metro

Kehidupan berubah

- DARI MUKA R23

Upiak hasilkan 19 album

sejak berusia 13 tahun

Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda mengakui kehidupann­ya banyak berubah selepas mula dikenali.

“Dulu, kehidupan saya dan keluarga sangat susah. Saya mula bekerja sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun untuk menyara keluarga. Ketika saya masih kecil, ibu bapa saya bercerai dan waktu itu, ibu sedang hamilkan adik saya yang ketiga. Jadi, saya dan adik kedua terpaksa membantu ibu mencari duit.

“Saya pernah berkahwin tetapi cuma bertahan dua tahun setengah saja. Saya anggap itu sebagai takdir dan pengalaman itu menjadikan saya wanita yang lebih kuat,” katanya.

Mungkin ramai tak tahu Upiak pernah menghasilk­an 19 album sepanjang kariernya sejak berusia 13 tahun.

“Di Padang, album saya boleh dikatakan terjual dan orang tahu kewujudan saya sebagai penyanyi. Namun, tidak seperti di Malaysia, di kampung saya tiada royalti dan sebagainya,” katanya.

Bukan sekadar bergelar penyanyi, Upiak juga adalah pelawak di tempatnya dan memilih untuk sengaja menyanyika­n lagu secara sumbang.

“Saya boleh menyanyi dengan baik, tetapi kalau saya menyanyi sebaik mana pun, akan ada orang yang lagi bagus daripada saya.

Jadi, saya tampilkan kelainan dengan menyanyika­n lagu seperti yang kalian dengar,” katanya.

POPULAR MENDADAK

Penyanyi berusia 32 tahun yang memiliki kerjaya sebagai jururawat itu juga mengakui terkejut apabila lagu Tak Tun Tuang tular dan dinyanyika­n semula oleh beberapa penyanyi.

“Memang saya sangat terkejut apabila Tak Tun

Tuang dinyanyika­n semula. Saya pada awalnya sedih dan marah kerana saya fikir, penyanyi itu menyanyika­n semula lagu saya dan mengaku itu lagu mereka.

“Di Padang, kalau sesuatu lagu dimuat naik ke YouTube, itu ertinya dimuat naik oleh penyanyi asal. Tetapi, itu adalah salah faham dan sekarang saya faham apa sebenarnya lagu ‘cover’,” katanya.

Tidak hanya semakin popular dari sudut kerjaya, dia juga mula menerima mesej peribadi daripada peminat.

“Ramai lelaki cuba mendekati saya. Ada juga orang yang saya suka satu ketika dulu, mula menghantar mesej kepada saya di Instagram. Tetapi saya rasa ini masanya saya fokus kepada kerjaya,” katanya.

Upiak juga menyuaraka­n keinginann­ya untuk menetap di Malaysia, namun banyak perkara yang perlu dipertimba­ngkan.

“Saya suka tinggal di sini, tetapi keluarga saya di Padang dan saya perlu pertimbang­kan banyak perkara. Buat masa sekarang, saya berulang-alik dari Indonesia ke Malaysia,” katanya.

Upiak juga kini sedang dalam proses menghasilk­an single kedua yang masih berkonsepk­an lagu komedi.

- Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia