Harian Metro

Prihatin alam sekitar

-

Anak seni jayakan program Cintailah Sungai Kita 2017 di Kampung Kemensah, Hulu Kelang

penunggang motosikal berkuasa besar iaitu Attitude Bikers, World Troffle Fun Biker dan

Mad Clowns Bikers hadir memberikan sokongan.

Pengerusi program, Rohaizad Sa’ayan berkata, pihaknya amat bangga dengan kesungguha­n barisan artis mengajak masyarakat menjayakan program ini.

“Acara ini julung kali diadakan sempena kempen Cintailah Sungai Kita 2017. Ia bertujuan menyuntik kesedaran masyarakat untuk menjaga keindahan alam sekitar dengan tema mencegah lebih baik daripada merawat.

“Program ini juga dapat merapatkan hubungan artis lama dan baru yang menyahut cabaran bersama penduduk Kampung Kemensah,” katanya.

Aktiviti yang dijalankan adalah menanam pokok di tebing sungai oleh setiap artis yang turut diletakkan tag nama masing-masing di pokok itu dan swafoto dengan haiwan peliharaan penduduk Kampung Kemensah.

Aktiviti permainan turut diadakan iaitu panjat tiang licin dan bola tampar dalam air manakala pada sebelah malam pula, artis menjayakan persembaha­n secara santai.

Program ini turut mendapat kerjasama Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Jawatankua­sa Keselamata­n Kampung Kemensah, Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar), Nakhoda Alam Enterprise dan Gabungan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi.

 ??  ?? BARISAN artis bergambar kenangan sebelum program bermula.
BARISAN artis bergambar kenangan sebelum program bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia