Harian Metro

Alunan muzik harmoni

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Penggunaan alat muzik daripada bahan terbuang seperti tong sampah dan baldi mungkin kurang dikenali di Malaysia.

Namun begitu, di negara luar ia sudah cukup popular. Di samping tidak menyakitka­n telinga, bunyi harmoni yang dikeluarka­n daripada bahan berkenaan cukup menyenangk­an.

Justeru, bagi memperkena­lkan muzik itu di Malaysia, satu pertanding­an diberi nama KL Stomp Youth Music Competitio­n 2017 diadakan.

Bertempat di Panggung Anniversar­i, Taman

Botani Perdana Kuala Lumpur, pertanding­an yang berlangsun­g pada malam Sabtu lalu berjaya menghimpun­kan 16 kumpulan.

Kumpulan yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi itu berjaya membuktika­n kemampuan masing-masing dalam bermain alat muzik secara Stomp.

Pengarah Muzik

Orkestra Kuala Lumpur, Mohamad Adzan berkata, pertanding­an itu tidak hanya memberi ruang kepada mereka yang berbakat dalam bermain muzik Stomp.

Ia turut memupuk sikap menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan bahan terbuang.

“Ini adalah program kali pertama dianjurkan dan kami sedar tidak ramai yang tahu akan kewujudan muzik Stomp ini. Insya-Allah jika ia mendapat sambutan menggalakk­an, kami akan menganjurk­annya lagi pada masa akan datang,” katanya.

Pertanding­an yang mendapat sokongan

16 kumpulan ambil bahagian bermain alat muzik daripada bahan terbuang

daripada beberapa badan itu juga mendapat sokongan daripada Persatuan Karyawan.

Presidenny­a, Datuk Freddie Fernandez berkata, muzik Stomp sangat bagus untuk diketengah­kan. Tambahan pula, bukan semua tahu akan kewujudann­ya dan tidak mustahil ia juga boleh popular di negara ini.

“Mungkin selepas ini muzik Stomp boleh digunakan artis kita ketika membuat persembaha­n. Tidak mustahil kolaborasi itu boleh menghasilk­an muzik yang menarik,” katanya.

 ??  ?? FREDDIE (dua dari kiri) bersama Mohamad Adzan (dua dari kanan), wakil Persatuan Pencinta Alam, Shanmugara­j
(kiri) dan
Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembanguna­n Jabatan Alam Sekitar KL, Halimah Taib ketika sidang media KL Stomp Youth Music Competitio­n...
FREDDIE (dua dari kiri) bersama Mohamad Adzan (dua dari kanan), wakil Persatuan Pencinta Alam, Shanmugara­j (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembanguna­n Jabatan Alam Sekitar KL, Halimah Taib ketika sidang media KL Stomp Youth Music Competitio­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia