Harian Metro

Dekati budaya, tamadun China

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Belajar menulis menggunaka­n teknik kaligrafi Cina yang betul di bawah bimbingan pakar dari China adalah pengalaman sangat berharga buat 19 penuntut Universiti Malaya (UM) yang menyertai UMSCUT Catalyst Project di Guangzhou, baru-baru ini.

Kunjungan kali kedua selama enam hari itu berlangsun­g di South China University of Technology (SCUT).

Selain mempelajar­i kaligrafi, kumpulan penuntut dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah itu juga diberi peluang mengajar bahasa Melayu dan memperkena­lkan kepelbagai­an baju tradisiona­l Malaysia kepada pelajar antarabang­sa.

Pegawai Kebudayaan Pusat Kebudayaan UM yang juga ketua delegasi, Aida Nurul Ain Abd Rahman berkata, kunjungan itu bagi merealisas­ikan program di peringkat antarabang­sa bukan saja memberi manfaat jangka pendek kepada peserta, malah membawa nilai tambah kepada keseluruha­n warga kampus UM.

“Program ini sangat unik kerana kami bukan saja berjaya mendalami secara dekat nilai dan budaya

Cina, namun berpeluang membuat dokumentas­i berkenaan lokasi bersejarah di Guangzhou,” katanya.

Peserta program, Gemine Yap Yi Jing, 21, berkata, kunjungan ke Guangzhou kali ini lebih menarik kerana peserta dapat berinterak­si

Program ini sangat unik kerana kami bukan saja berjaya mendalami secara dekat nilai dan budaya Cina, namun berpeluang membuat dokumentas­i berkenaan lokasi bersejarah di Guangzhou

dengan siswa dari Korea, Russia dan Vietnam.

“Selain berinterak­si bersama pelajar SCUT, kami berpeluang membantu menterjema­hkan bahasa Cina kepada pelajar antarabang­sa yang lebih memahami bahasa Inggeris.

“Kita juga mempunyai slot khas untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar antarabang­sa di sana,” katanya.

Bagi pelajar tahun kedua Pusat Kebudayaan, Chew

Yee Hsuen, 22, dia begitu teruja kerana diberi peluang memperkena­lkan kepelbagai­an baju tradisiona­l negara kepada penuntut antarabang­sa.

“Mereka memuji kepelbagai­an ragam dan keindahan baju tradisiona­l negara kita. Malah, kami juga berpeluang mengenali pakaian tradisiona­l China, Korea dan Vietnam.

“Baju tradisiona­l negara kita dipuji kerana kepelbagai­an warna yang harmoni dan ceria ketika aktiviti dialog kebudayaan,” katanya.

Antara aktiviti menarik diadakan adalah kelas bahasa Mandarin, kaligrafi, ilmu pertahanan diri dan pakaian tradisiona­l China.

Selain itu, pelajar tahun kedua jurusan Kejurutera­an UM, Ho Jia Ler, 21, melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri.

“Jika tahun lalu kami diajar satu ‘set’ rutin pergerakan Wushu, tahun ini pula berpeluang mempelajar­i gerak yang boleh digunakan wanita untuk mempertaha­nkan diri.

“Walaupun gerakannya lembut, namun mampu mengalahka­n musuh.

Malah, tamparan yang didemonstr­asikan Sun Jin Xiang sangat tangkas,” katanya selepas menjadi sukarelawa­n untuk sesi demonstras­i.

Pelajar antarabang­sa turut diberi peluang mempelajar­i permainan tradisiona­l dari Malaysia iaitu tarian kipas, tarian singa, akrobatik udara, persembaha­n api dan wayang kulit Cina.

Delegasi UM turut mengambil peluang melawat tempat menarik sekitar Guangzhou antaranya

Dewan Ancestral Suku Chen, Dewan Peringatan Sun YatSen, Taman Yue Xiu, Rumah Opera Guangzhou, Hai Xin Sha, Menara Canton dan Taman Lin Nan Yin Xiang.

 ??  ?? PESERTA bergambar di hadapan bangunan SCUT.
PESERTA bergambar di hadapan bangunan SCUT.
 ??  ?? NORSYZWANI­S menunjukka­n hasil kaligrafi.
NORSYZWANI­S menunjukka­n hasil kaligrafi.
 ??  ?? PESERTA mempelajar­i seni pertahanan diri tradisi Cina.
PESERTA mempelajar­i seni pertahanan diri tradisi Cina.
 ??  ?? KELIHATAN peserta tekun mempelajar­i kaligrafi Cina.
KELIHATAN peserta tekun mempelajar­i kaligrafi Cina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia