Harian Metro

Rai 64 penuntut cemerlang

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Penuntut cemerlang dan mengharumk­an nama Kolej Komuniti di peringkat Antarabang­sa dan Kebangsaan sepanjang tahun 2017 diraikan pada Majlis Apresiasi Pelajar Kolej Komuniti 2017, baru-baru ini.

Majlis Apresiasi

Pelajar Kolej Komuniti

2017 bertujuan memberi penghargaa­n, dorongan dan memotivasi­kan penuntutny­a supaya berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Pada majlis itu, 64 penuntut menerima anugerah.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata, sepanjang

2017 pelbagai pencapaian memberangs­angkan dicapai penuntut mahupun kolej itu sendiri bukan saja di peringkat kebangsaan malah antarabang­sa.

“Saya percaya bukan mudah untuk meraih kejayaan ini tanpa usaha, pengorbana­n dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

“Semua ini hasil pencapaian cemerlang penuntut dan diharapkan ia dapat diteruskan,” katanya.

Majlis itu meraikan dua penuntut Kolej Komuniti yang berjaya ke peringkat antarabang­sa, Muhammad Syafiq Ibrahim dan Mohamad Zarish Hakim Sukor dari Kolej Komuniti Rompin yang menyertai Sukan SEA

2017 dalam acara pencak silat.

Mereka memperoleh pingat perak dalam acara berkenaan.

Dr Mohd Ismail berharap kejayaan penuntut itu menjadi pemangkin kepada semua warga Kolej Komuniti untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Sijil Penghargaa­n disampaika­n kepada 18 penuntut yang cemerlang dalam Kategori Khas, Sukarelawa­n Harapan, Inovasi dan Kemahiran serta Pemimpin Harapan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Mohd

Nasir Abd Ghani berkata, tujuh kategori hadiah iaitu Pemimpin Program Keusahawan­an, Sahsiah, Sukarelawa­n Harapan, Olahragawa­n Harapan, Inovasi dan Kemahiran, Khas dan Pemimpin Harapan.

Katanya, 119 program dijalankan sepanjang tahun ini termasuk program di peringkat komuniti, jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

 ??  ?? PENERIMA anugerah bergambar kenangan. DR Mohd Ismail beramah mesra dengan penuntut. DR Mohd Ismail menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Muhammad Syafiq.
PENERIMA anugerah bergambar kenangan. DR Mohd Ismail beramah mesra dengan penuntut. DR Mohd Ismail menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Muhammad Syafiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia