Harian Metro

Cari dana bina surau sekolah

-

Bagi memberi keselesaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana, Shah Alam, Selangor menunaikan solat, pihak sekolah melancarka­n wakaf pembinaan surau untuk mendirikan rumah ibadat berkenaan.

Dianggarka­n kos keseluruha­n pembinaan surau itu hampir RM300,000.

Penyelaras Pembinaan Surau, Muhamad Muhaidi Mustapa berkata, surau baru itu bakal memuatkan kirakira 1,700 orang.

Menurutnya, warga sekolah kini terpaksa menunaikan solat dalam keadaan kurang selesa.

“Surau sekarang terletak di dalam bangunan yang hanya mampu menampung jumlah jemaah sekitar 60 hingga 70 orang pada satu masa.

“Malah belum dapat menampung keperluan

1,700 pelajar. Keadaan bertambah teruk apabila terpaksa berpanas ketika solat berjemaah kerana saiznya yang terlalu sempit berbanding bilangan murid Islam di sekolah,” katanya.

Muhamad Muhaidi yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah itu berkata, sejak wakaf pembinaan dilancarka­n Oktober lalu, jumlah dana terkumpul berjumlah sekitar RM25,000.

“Bagaimanap­un, kos itu belum mencukupi untuk memulakan kerja pembinaan.

“Pihak kami menjangkak­an kerja pembinaan dimulakan awal tahun hadapan supaya surau baru nanti dapat digunakan secepat mungkin oleh warga sekolah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya begitu mengharapk­an bantuan bagi pembinaan surau untuk keselesaan pelajar untuk menjalanka­n program keagamaan dan solat.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurka­n wang ke akaun Bank Rakyat 22-038127854-9 atas nama akaun PIBG SK Jalan U3.

 ??  ?? GURU Besar SK Jalan U3, Nafisah Salleh menerima sumbangan daripada Pengarah Urusan TRIpIc Berhad, Datuk Yusof Badawi untuk wakaf pembinaan surau sekolah.
GURU Besar SK Jalan U3, Nafisah Salleh menerima sumbangan daripada Pengarah Urusan TRIpIc Berhad, Datuk Yusof Badawi untuk wakaf pembinaan surau sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia