Harian Metro

SAF SI SUARA KARTUN

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

“Lebih tiga tahun saya bekerja dalam bidang ini dan tidak pernah sekali punrasabos­an,apatahlagi mempunyai rakan sekerja yang selalu memeriahka­n suasana,“ujar Nur Safiah Mohd Hafiez, 20.

Penuntut Management and Science University yang lebih mesra disapa Saf ini gemar mencuba benda baru, apatah lagi membabitka­n ilmu yang boleh memajukan diri.

Katanya, walaupun tiga tahun tempoh agak lama namun dia tetap seronok menjadi penyumbang suara tidak kiralah untuk muzik video, video projek atau siri kartun.

“Saya anggap diri gila kerja kerana lebih pentingkan kerja daripada kehidupan sosial. Jadi, saya perlu pandai bahagikan masa, apatah lagi dalam status penuntut universiti,“katanya.

Menurutnya, bijak menyusun atur jadual seharian kunci utama untuk dia terus menjalani rutin yang dilakukan sekarang.

SIRI KARTUN OMAR DAN HANA

“Sejak usia 12 tahun, saya sudah mula bekerja dengan beberapa artis untuk buat lirik lagu. Saya pun cuba untuk menyanyi lagu berkenaan dan sejak itu saya jatuh cinta dengan kerjaya yang menggunaka­n suara di dalam studio.

“Siri televisyen kartun Omar dan Hana adalah kartun pertama saya. Sebelum ini suara saya selalu digunakan untuk muzik video, iklan televisyen dan radio,“katanya.

Saf menjelaska­n, salah satu cabaran besar dalam bidang ini adalah untuk memantapka­n lagi alunan dan ton suara asli. Lebih mencabar apabila harus menyesuaik­an diri dengan watak yang diberi.

“Tidak seperti bidang peragaan, kerja menyumbang suara cuma mengambil masa tiga hingga empat jam dalam satu sesi. Kalau pun tidak sihat, sayaakancu­bacarijala­n untuk berikan yang terbaik kerana slot rakaman sudah ditetapkan,“katanya.

LIMA KERJA DALAM

SATU MASA

“Saya percaya tidak ramai pelajar yang melakukan lima kerja dalam satu masa. Mungkin ramai mempunyai kerja sambilan tapi paling banyak dua atau tiga.

Justeru, saya kategorika­n diri sebagai ʽgila kerjaʼ.

“Untuk sekarang, selain bekerja sebagai penyumbang suara, saya juga seorang penulis, pereka grafik, pelakon dan model sambilan. Memanglah ia kerja sampingan tapi mampu melatih saya untuk lebih berdisipli­n dalam menyusun masa,” katanya.

Ditanya aktiviti hujung minggu, Saf berkata, dia selalu meluangkan masa bersama keluarga di rumah atau pergi bercuti di rumah percutianm­erekadiMel­aka.

Biasanya pada malam hari, dia jarang keluar bersama teman kerana itulah masanya untuk berehat dan belajar.

BAYARAN LUMAYAN

Pasti tidak ramai yang tahu bayaran sebagai penyumbang suara agak lumayan bergantung kepada tahap pengalaman.

Saf berkata, apa yang seronoknya bekerja sebagai penyumbang suara kerana pekerjaan itu dibayar mengikut sesi namun bergantung pengalaman dan latihan.

“Penyumbang suara boleh dibayar antara RM600 hingga RM100,000. Sebagai contoh, filem atau siri kartun yang ditayangka­n seluruh dunia menggunaka­n suara artis terkenal antarabang­sa membolehka­n mereka dibayar tinggi mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit.

“Sebab itu saya nampak ada potensi cerah untuk saya mendalami bidang ini. Perlahan-lahan bina nama kerana saya suka dan puas apabila lihat penonton seronok walaupun cuma dengar suara saya. Motivasiny­a, kerjaya menarik dengan bayaran lumayan,“katanya.

 ??  ?? FOKUS ketika dalam studio rakaman.
FOKUS ketika dalam studio rakaman.
 ??  ?? SAFIAH bersama kanakkanak yang turut menjadi penyumbang suara.
SAFIAH bersama kanakkanak yang turut menjadi penyumbang suara.
 ??  ?? SAFIAH membawa watak ibu dalam siri Kartun Omar dan Hana.
SAFIAH membawa watak ibu dalam siri Kartun Omar dan Hana.
 ??  ??
 ??  ?? SAFIAH (kanan) bersama rakan sekerja.
SAFIAH (kanan) bersama rakan sekerja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia