Harian Metro

Bantu hidup wanita lain

-

“Siapa yang tidak sedih mendengar penerangan doktor. Saya rasakan kemungkina­n untuk hamil amat tipis memandangk­an ovari sebelah kiri saya perlu dibuang. Saya menangis, berserah kepada Allah, namun saya tidak berputus asa dan terus mencari penawar alternatif terutama pemakanan sunah,” katanya yang diperkenal­kan dengan makanan tambahan berasaskan habbatus sauda formula asal daripada rakan niaga arwah ayahnya.

Hampir dua bulan konsisten mengambil habbatus sauda setiap pagi, sista didapati sudah mengecut. Lebih menggembir­akan, dia tidak perlu menjalani pembedahan dan berjaya hamil selepas tiga bulan.

Bermula dari situ dia mulai percaya mengenai makanan sunah dan ingin membantu orang lain yang turut mempunyai masalah seperti dirinya. Lamakelama­an muncul ilham untuk memasarkan produk berasaskan habbatus sauda. Dengan sedikit ilmu yang dimilikiny­a, dia mula mencari formula dan membuat pembungkus­an serta mencipta nama untuk produk ini.

Pada bulan pertama tanpa ilmu pemasaran dia cuma mampu menjual 30 botol dengan keuntungan RM1,200 saja. Namun ia langsung tidak mematahkan semangat anak ketiga daripada empat beradik ini kerana jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak dia.

Lalu dia belajar dan mengisi masa dengan menambah ilmu dalam bidang kesihatan terutama kesuburan. Siti Eaishah percaya ramai wanita menghadapi masalah haid tidak teratur, sista Pacific Super Health Brand 2017-2019 dalam kategori kesihatan. Ujarnya, pencapaian ini membuktika­n produk tempatan mempunyai kualiti setanding produk antarabang­sa.

“Dalam gembira saya terharu kerana jenama ini mulai mendapat kepercayaa­n ramai walaupun ia bukan sesuatu yang mudah. Ada yang berjaya hamil selepas menanti kehadiran cahaya mata selama 19 tahun, ada berjaya melahirkan bayi kembar tiga. Melihat kegembiraa­n mereka menjadi pembakar semangat untuk membantu wanita memperoleh kesihatan yang baik,” katanya.

Jika dulu matlamat usahawan ini untuk memperoleh keuntungan tetapi kini selepas melihat ramai yang tersenyum gembira, Siti Eaishah mula berasakan apa yang dilakukan adalah untuk memberikan nilai hidup kepada insan lain.

Selain membantu mereka mendapatka­n zuriat, dia juga mula membuka peluang perniagaan bagi yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi ejen kepada produk berkenaan.

“Saya membentuk stokis dan rangkaian ejen bagi membantu mereka menjana pendapatan. Ada yang dapat membantu ibu bapa dan suami, membayar hutang pinjaman pelajaran dan berbelanja tanpa bimbang masalah kewangan,” katanya yang kini mempunyai hampir 100

Siti Eaishah mengakui memang jadual hariannya padat dengan pelbagai aktiviti. Dia berterima kasih kepada suami yang banyak membantu menguruska­n anak. Walaupun tiada pembantu rumah, wanita ini tidak menjadikan­nya alasan untuk mengabaika­n urusan si kecil.

“Biasanya saya bangun awal bagi membereska­n urusan rumah tangga seperti memasak dan memandikan mereka. Jika tiada hal di luar, saya membawa anak ke pejabat bagi membolehka­n saya menikmati proses pembelajar­an bersama mereka seperti memberi makan, menyusukan bayi, memandikan dan membacakan buku.

“Saya dan suami mahu menjadi model insan kepada mereka. Kami tidak mahu terlepas peluang mendidik mereka dengan didikan yang betul sementara proses ini diteruskan di sekolah,” katanya yang mengakui ada kalanya semangatny­a juga luntur.

“Bagi membuang emosi negatif ini saya akan mencari rakan seangkatan untuk berfikir dan mengenang kembali matlamat dalam perniagaan. Kami saling memberi sokongan sehingga rasa tertekan itu hilang, saya kembali bersemanga­t dan fokus dalam perniagaan,” katanya yang sentiasa mendekatka­n diri dengan Allah dan mengadu kepadaNya dalam setiap keputusan yang diambil. - Siti Zarinah Sahib

Siti Eaishah

bentuk stokis dan rangkaian

ejen bagi jana pendapatan

 ??  ?? SITI EAISHAH menunjukka­n anugerah di Asia Pasific Super
Health Brand 2017-2019.
SITI EAISHAH menunjukka­n anugerah di Asia Pasific Super Health Brand 2017-2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia