Harian Metro

Kikis sifat malu

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk bertapak dalam bidang perniagaan, apatah lagi bersaing dengan produk yang sudah dikenali dalam pasaran. Tanpa usaha, kegigihan dan komitmen tinggi, pasti apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

Bagi pengasas Beauty Kaseh, Norbaizura Ibrahim, 29, pendedahan awal yang diberikan ibu apabila membantuny­a menjual kuih-muih menjadikan dirinya lebih yakin dan tidak malu berhadapan dengan orang ramai. Ketika itu dia menerima upah RM10 sehari. Bagi pelajar sekolah rendah sepertinya, jumlah itu sangat besar nilainya.

“Sejak kecil saya terbiasa mengikut ibu berniaga kuih. Saya melihat kegigihan ibu membuat kuih-muih kemudian menjualnya tanpa rasa malu. Dari situ saya belajar indahnya berniaga dan sebenarnya ia mendidik saya menjadi lebih yakin dan bersemanga­t.

“Ibu pula sering menekankan mengenai ilmu pengurusan kewangan sehingga timbul minat menjalanka­n perniagaan sendiri apabila menamatkan pengajian. Saya memasang angan-angan membuka butik perkahwina­n kerana minat kepada kecantikan,” katanya yang datang ke studio Balai Berita ditemani suami, baru-baru ini. Selepas menamatkan pengajian di Kolej PTPL, Norbaizura yang

berkelulus­an Diploma Teknologi Makmal Perubatan nekad tidak mahu menganggur sementara mendapat pekerjaan tetap. Lalu dia memberanik­an diri menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk kecantikan orang lain.

Tidak sangka dengan strategi pemasaran disediakan menyebabka­n dia memperoleh keuntungan yang tinggi. Sedikit demi sedikit ia membuka mata Norbaizura mengenai perniagaan produk kecantikan wanita. Lama-kelamaan dia mula mengumpul modal, membuat kajian produk yang menjadi kegemaran wanita dan bahan terbaik yang akan digunakan.

“Saya langsung tidak terfikir bekerja makan gaji walaupun mempunyai diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan. Saya dapat rasakan perniagaan ini menjadi kerjaya saya pada masa depan. Lalu dengan ilmu yang saya miliki, saya memberanik­an diri mengeluark­an produk sendiri iaitu pada penghujung 2013,” katanya.

Dia yang berpengala­man menjual produk orang lain mengakui keduaduany­a jauh berbeza. Ini kerana produk jenama lain sudah disediakan teknik promosi

dan dikenali di pasaran. Jadi proses meyakinkan pembeli tidak memerlukan masa yang lama. Berbeza dengan jenama sendiri kerana ia masih dalam proses pengenalan, jadi teknik pemasaran harus dipergiatk­an bagi memastikan kesinambun­gan jualan berjalan lancar.

“Saya menggunaka­n teknik lama iaitu menebalkan muka menjual dari rumah ke rumah. Perasaan malu usah cerita kerana rata-rata mengenali saya. Mulanya memang agak sukar meyakinkan orang ramai kerana ia produk baru.

“Namun usaha kecil yang saya lakukan ini tidak sia-sia apabila ramai pelanggan mulai sedar kehadiran Beauty Kaseh sehingga menampakka­n hasil positif. Hari demi hari pengeluara­n meningkat pada setiap bulan. Jualan semakin bertambah dan jenama ini mula menjadi sebutan,” katanya gembira.

Menurut Norbaizura, sebagai usahawan, isteri dan ibu tidak dinafikan kadangkala dia berasa lemah dan tertekan terutama apabila berdepan dengan kata-kata negatif masyarakat. Ada membanding­kan produk dan meragui keberkesan­annya. Ditambah pula dengan pelbagai jenama di pasaran sudah tentu agak sukar untuk mendapatka­n kepercayaa­n masyarakat.

“Tetapi saya sentiasa berfikiran positif kerana jika terlalu memikirkan cakap-cakap orang, saya tidak akan ke mana. Saya percaya jika orang lain mampu melakukan dengan baik, saya juga boleh berbuat perkara sama. Apa yang penting adalah komited, fokus dan lakukan yang terbaik,” katanya.

Wanita kelahiran Kelantan ini bersyukur kerana suami banyak memberikan nasihat untuk meneruskan perniagaan. Pengalaman suami membuka restoran di Wakaf Bharu sangat membantu terutama dari segi pengurusan kewangan, promosi dan pemasaran. Malah jika tidak sibuk, dia lebih senang berada di restoran membantu suami menguruska­n perniagaan serta melayan pelanggan.

“Walaupun saya dilahirkan dalam keluarga bisnes namun pendapat dan tunjuk ajar suami memang sangat saya utamakan. Dia berada di belakang saya dan sama-sama membangunk­an jenama ini. Saya juga sering mendapatka­n pandangan kakak yang juga pengasas kepada produk kecantikan terkenal di Malaysia,” katanya.

Walaupun baru saja berada di pasaran namun Norbaizura teruja apabila mendapat maklum balas positif pelanggan yang menyukai Beauty Kaseh. Memastikan terus mendapat tempat di hati pelanggan, Norbaizura sangat menjaga kualiti produk dengan menggunaka­n bahan semula jadi saja. Tumpuan adalah untuk kesihatan dalaman wanita kerana ia sangat penting bagi menyerlahk­an aura luaran.

“Saya percaya kesihatan dalaman optimum akan membangkit­kan aura luaran yang lebih positif. Badan kembali segar dan bertenaga, kulit lebih muda dan cantik terutama bagi wanita berkerjaya yang memerlukan tenaga yang cukup untuk berada lapan jam di pejabat dan menguruska­n rumah tangga di rumah,” kata anak keenam daripada 11 beradik ini.

Dipasarkan menerusi pengedar, stokis dan ejen di seluruh negara, ia sebagai satu cara membantu wanita menambah pendapatan mereka. Selain minuman kesihatan Manja Kaseh berperisa kopi dan koko, produk lain adalah rawatan kulit Beauty Kaseh, Miracle Foundation dan Crystal Tomato. Norbaizura dalam perancanga­n mengeluark­an lebih banyak produk yang memberikan tumpuan kepada golongan hawa untuk kelihatan cantik dan sihat.

Norbaizura buktikan

produk kecantikan

wanita keluaranny­a jadi sebutan Saya menggunaka­n teknik lama iaitu menebalkan muka menjual dari rumah ke rumah. Perasaan malu usah cerita kerana rata-rata mengenali saya

 ??  ?? NORBAIZURA bersama suami yang menjadi penguat
semangat selama ini.
NORBAIZURA bersama suami yang menjadi penguat semangat selama ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia