Harian Metro

Miley tak minat lagu sendiri

- Michelle Gun

Penyanyi dan pelakon kontrovers­i nafi sedang hamil

Percaya atau tidak, penyanyi dan pelakon kontrovers­i Miley Cyrus mengakui kurang meminati lagu sendiri.

Perkara itu didedahkan Cyrus,

26, sewaktu mengulas persembaha­n peserta

The Voice musim ke-13, Brooke Simpson, malam Isnin lalu.

“Kami sentiasa menanti persembaha­n awak. Saya dapat merasakan penonton mahu melihat awak terus berada dalam program ini.

“Jadi semua penonton perlu mengundi Brooke,” katanya yang juga juri The Voice.

Penyanyi Wrecking Ball itu turut memuji kebolehan Brooke mempersemb­ahkan lagu pop.

“Saya bintang pop, namun kurang meminati muzik pop. Malah, saya tidak menyukai lagu sendiri,” katanya.

Beralih kisah cinta, keluarga Miley mengharapk­an penyanyi itu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Minggu lalu, pelakon siri Hannah Montana itu memuat naik gambar yang menampakka­n perutnya seolah-olah sedang hamil di Instagram.

Miley menafikan dakwaan itu dengan menjelaska­n perutnya terlalu kenyang selepas makan banyak Tofurkey.

Satu sumber memberitah­u portal HollywoodL­ife.com keluarga Miley teruja sekiranya penyanyi itu dan kekasihnya, Liam Hemsworth dikurniaka­n zuriat.

“Ibu Miley sudah tidak sabar menjadi nenek. Bapanya pula sangat menyukai bayi dan yakin cucunya nanti pasti berbakat besar,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, keluarga Hemsworth turut memujuk pelakon berkenaan untuk segera mendirikan rumah tangga.

“Hemsworth kini tertekan berikutan keluargany­a mendesak dia berkahwin dan menimang cahaya mata.

Mereka mahu pasangan itu cepat dapat anak,” kata sumber.

 ??  ?? Ibu Miley sudah
tidak sabar menjadi nenek.
Bapanya pula sangat menyukai bayi dan yakin cucunya nanti pasti berbakat
besar
Ibu Miley sudah tidak sabar menjadi nenek. Bapanya pula sangat menyukai bayi dan yakin cucunya nanti pasti berbakat besar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia