Harian Metro

Kenali warisan kita

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Berkonsepk­an pengenalan dan penghargaa­n warisan setempat serta bangunan bersejarah, Radio

Televisyen Malaysia (RTM) memperkena­lkan travelog baru berjudul Tiang Dimensi.

Berbeza daripada travelog yang biasanya memperkena­lkan lokasi percutian menarik dan makanan enak, program 13 episod ini mengupas sejarah bangunan lama di Malaysia.

Selain itu, penonton dapat menyaksika­n keindahan seni bina dan mengimbau fungsi bangunan bersejarah ini dari dahulu hingga kini.

Jurnal pengembara­an pertama singgah di Terengganu untuk menghayati keunikkan Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Rumah Losong Tujuh Puluh Tingkap dan Kota Lama Duyong.

Seterusnya singgah di Pulau Pinang untuk melihat kecantikan

Penang Buddist Temple Assosiatio­n, Penang Peranakan Mansion dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze.

Kunjungan ke daerah pantai timur tidak kurang menariknya di Pahang untuk melawat Muzium Sungai Lembing, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar.

Di Perak pula ada Menara jam Taiping, Kereta Api Lama Taiping, Sekeping King Heng, Kelab Diraja Ipoh dan 27@ Concubine.

Lokasi lain bakal dipaparkan dalam program lain adalah Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Tiang Dimensi yang dikendalik­an pengacara Hana Ismail bakal menemui penonton mulai esok, setiap Isnin hingga Rabu, jam 11.30 malam di TV1.

Penonton juga boleh menyaksika­n semula Tiang Dimensi menerusi laman web Myklik, myklik.rtm. gov.my, atau aplikasi RTM.

 ??  ??
 ??  ?? HANA Ismail
selaku pengacara Tiang Dimensi.
HANA Ismail selaku pengacara Tiang Dimensi.
 ??  ?? SALAH satu episod dalam Tiang Dimensi.
SALAH satu episod dalam Tiang Dimensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia