Harian Metro

Selebriti popular berlari

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Jakel Charity Rum For Rohingya Kuala

Lumpur 2017 untuk bantu pelarian etnik itu di Bangladesh

Barisan artis dan selebriti popular seperti Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Scha, Awal, Ayda Jebat, Caprice, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Mustaqim Bahadon, Fara Fauzana dan Sara Zulkifli (DJ Hot FM) akan menyertai Jakel Charity Rum For Rohingya Kuala Lumpur 2017 yang diadakan pada 10 Disember ini.

Pihak Jakel amat terkesan dengan apa yang berlaku kepada etnik Rohingya yang menderita sengsara, tiada negara dan harta benda dimusnahka­n, memberikan gambaran tiada masa depan lagi buat mereka. Usahkan kanakkanak nak ke sekolah, belum tentu hari itu mereka dapat makan sebutir nasi pun.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan

Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, hasil daripada bayaran pendaftara­n daripada orang ramai yang menyertai larian itu akan disalurkan sepenuhnya kepada mangsa pelarian etnik itu. Sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd dan penaja juga akan diberikan sepenuhnya kepada mereka serta diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian etnik Rohingya di Bangladesh.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakel akan menghantar sendiri sumbangan itu ke sana. Ini jelas menunjukka­n Jakel bukan hanya menjalanka­n perniagaan, malah terpanggil membantu golongan itu di samping menyeru masyarakat mengekalka­n kualiti hidup cergas.

“Penganjura­n larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel adalah syarikat tekstil pertama di Malaysia menganjurk­an aktiviti sihat, sekali gus meraikan ulang tahun Jakel ke-10 bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalanka­n operasi perniagaan retail,” katanya.

Ujar Faroz lagi, program larian itu menyasarka­n lebih ramai penyertaan daripada masyarakat memandang ia kali pertama diadakan Jakel. Mereka yang ingin menyertai larian itu boleh mendaftar di laman web, www.racexasia. com dan pendaftara­n dibuka sejak 25 Oktober lalu.

Orang ramai juga boleh mendaftar secara manual di kaunter pendaftara­n yang dibuka di hadapan pintu masuk Jakel Mall KL.

“Keistimewa­an turut diberikan kepada 1,000 peserta terawal yang mendaftar seperti kadar harga diskaun penyertaan dan cendera hati sebagai penghargaa­n menyertai penganjura­n aktiviti larian itu,” katanya.

Larian itu menyediaka­n dua kategori iaitu 10 kilometer yang dibahagika­n kepada Terbuka Lelaki dan Wanita, terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berusia 16 tahun ke atas dengan bayaran RM60 seorang. Larian 5 kilometer berkonsepk­an ‘Fun Run’ pula terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Larian 10 kilometer bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa peserta merentas laluan bandar raya Kuala Lumpur dengan melalui jalan utama merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mara, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar dan Jalan Datuk Onn.

“Untuk larian jarak lima kilometer lebih berkonsep Fun Run di mana peserta boleh membawa seisi keluarga untuk menyertain­ya dengan bayaran RM55 seorang,” katanya.

Penganjura­n itu menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruha­n melebihi RM250,000 termasuk wang tunai dan barang tajaan.

 ??  ?? MUSTAQIM Penganjura­n larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel adalah syarikat tekstil pertama di Malaysia menganjurk­an aktiviti sihat, sekali gus meraikan ulang tahun Jakel
MUSTAQIM Penganjura­n larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel adalah syarikat tekstil pertama di Malaysia menganjurk­an aktiviti sihat, sekali gus meraikan ulang tahun Jakel
 ??  ?? SCHA dan Awal
SCHA dan Awal
 ??  ?? HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha
HAIRUL Azreen dan Hanis Zalikha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia