Harian Metro

Aku dan 700 kamera

-

 Usahawan kasut terpakai enggan jual koleksi meskipun ditawar RM100,000

tahan kerana buatannya yang teliti dan berkualiti tinggi berbanding kamera yang dijual ketika ini.

“Kamera yang paling saya sayang adalah Sankyo 8-E buatan Jepun yang wujud sejak Perang Dunia Kedua. Kamera yang saya beli dengan harga SD50 ini masih boleh digunakan kerana sistemnya manual.

“Bulan lalu, seorang sahabat menghadiah­kan saya satu kamera klasik jenama Carl Zeiss buatan Jerman. Ia kini antara koleksi saya paling berharga kerana memang mahukannya sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, banyak pihak terutama dari Jepun dan Singapura sanggup menawarkan harga hingga RM100,000 pada 2010 untuk membeli semua koleksi kameranya.

Bagaimanap­un, katanya, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan dengan baik kerana minatnya terhadap kesemua kamera tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

“Ada dua pelancong dari Jepun dan Singapura datang ke kedai saya dan membuat tawaran untuk membeli kesemua kamera ini dengan nilai RM100,000.

“Walaupun nilai itu besar, tetapi minat dan sayang saya terhadap koleksi ini tidak ternilai. Saya rasakan jiwa ini akan kosong sekiranya menjual semua koleksi kamera selepas hampir 20 tahun mengumpuln­ya,” katanya.

Zaidi berkata, ada juga pihak yang menawarkan­nya untuk membuka muzium kamera.

Namun, dia lebih suka kameranya menjadi tatapan umum tanpa perlu ke muzium.

“Ada yang mengesyork­an saya supaya mengenakan bayaran kepada mereka yang ingin bergambar dengan koleksi kamera saya.

“Tetapi bagi saya, ambillah gambar sebanyak mana asalkan tidak menyentuh koleksi kamera saya. Itu sudah cukup dan tiada bayaran dikenakan untuk mengambil gambar.

“Saya puas melihat orang lain turut bergembira dengan koleksi saya,” katanya yang berniaga kasut terpakai sejak 18 tahun

lalu.

 ??  ?? ZAIDI menujukkan koleksi kesayangan
kamera jenis Carl Zeiss.
ZAIDI menujukkan koleksi kesayangan kamera jenis Carl Zeiss.
 ??  ??
 ??  ?? SANKYO 8-E buatan Jepun yang wujud sejak Perang Dunia Kedua.
SANKYO 8-E buatan Jepun yang wujud sejak Perang Dunia Kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia