Harian Metro

Idam jadi Grandmaste­r

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Juara Catur Asia Tenggara tekad kerja keras mahu capai impian

“Impian saya untuk menjadi ‘Grandmaste­r’ catur pertama negara dan mencapai ke tahap itu memerlukan usaha berlipat kali ganda selain terpaksa mengorbank­an masa remaja,” kata Lanida Dahlan, 14, pemain catur remaja negara yang baru dinobatkan pemenang Kejohanan Peringkat Umur Catur Asia Tenggara kali ke-18 di sini, semalam.

Lebih manis remaja yang berasal dari Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam, dekat sini, menempa sejarah sebagai anak Orang Asli dari suku kaum Jakun pertama mencipta kejayaan dalam permainan catur di peringkat antarabang­sa.

Beliau yang menjadikan juara dunia catur Magnus Carlsen sebagai idola mengakui meminati permainan mencabar minda itu sejak berusia lapan tahun sebelum bermain secara aktif di peringkat sekolah kebangsaan.

“Di sekolah kebangsaan saya menyertai persatuan catur dan bermain secara aktif, terdapat guru-guru yang mahir mengenai permainan ini mengajar kami bermain dengan teknik dan taktikal yang betul.

“Bila masuk ke peringkat sekolah menengah saya nampak potensi yang ada dalam diri seterusnya bermain secara serius dan menyertai beberapa kejohanan yang ada,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya itu memaklumka­n, dia bercita-cita menjadi pemain catur pertama negara memperoleh gelaran ‘Grandmaste­r’ iaitu pengiktira­fan tertinggi diberikan Organisasi Catur Dunia (FIDE) kepada setiap pemain catur yang melepasi piawaian ditetapkan.

Katanya, untuk ke tahap itu dia memerlukan lebih pendedahan di peringkat antarabang­sa termasuk memenangi perlawanan ketika bertemu pemain yang menyandang gelaran tertinggi itu.

Menceritak­an rahsia kejayaanny­a hingga berjaya memenangi pertanding­an di peringkat antarabang­sa, pelajar tingkatan dua itu berkata, beliau meluangkan masa sekurang-kurangnya empat jam sehari mengkaji corak permainan selain mendapatka­n latihan bersama tenaga pengajar catur yang disediakan pihak sekolah.

Hasil usaha gigihnya sejak enam tahun lalu ternyata berbaloi apabila merangkul dua pingat emas kategori standard bawah 14 tahun berkumpula­n dan rapid bawah 14 tahun berkumpula­n dalam kejohanan tahunan itu.

Lanida berharap permainan catur dapat dikembangk­an di negara ini serta dijadikan kerjaya pada masa depan seperti yang diterapkan di kebanyakan negara barat yang membangung­kan permainan catur secara menyeluruh.

 ??  ?? PESERTA dalam Kejohanan Catur Peringkat Umur Asia Tenggara ke-18 yang berlangsun­g di Hotel Grand Makmur.
PESERTA dalam Kejohanan Catur Peringkat Umur Asia Tenggara ke-18 yang berlangsun­g di Hotel Grand Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia