Harian Metro

Gesa MPAJ perjelas status tapak pasar

-

Kuala Lumpur: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) menyiasat status pembinaan sebuah kelab malam di atas tapak yang diwartakan sebagai tapak pasar di Taman Muda, Ampang.

Presidenny­a Datuk Azwanddin Hamzah berkata, dalam perancanga­n bandar yang dikeluarka­n Jabatan Perancang Bandar MPAJ, jelas menunjukka­n tapak berkenaan adalah tapak pasar dan belum ditukar untuk tujuan komersial.

“Ia diwartakan MPAJ pada 2012 dan sepatutnya peniaga sudah boleh berpindah ke tapak ini dan menjalanka­n operasi perniagaan pada tahun ini.

“Tetapi, pembanguna­n kawasan pasar tidak dijalankan, sebaliknya pembanguna­n komersial iaitu pusat beli-belah pula yang dicadangka­n di tapak sama,” katanya ditemui di tapak tanah rizab pasar Taman Muda Selangor, semalam.

Penukaran status tapak berkenaan daripada tapak pasar ke pembanguna­n komersial diumumkan dalam satu sidang media pada 16 Oktober 2017 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng bersama Ketua Unit Perancanga­n Bandar MPAJ, Zuraina Saad yang memaklumka­n pembanguna­n di Lot PT 15215, kini berstatus komersial.

Tapak kawasan berkenaan juga kini disewakan kepada sebuah syarikat yang menjalanka­n perniagaan pusat hiburan keluarga dan ditubuhkan pada 20 Jun 2016.

“Bagaimana dengan nasib 35 penjaja dan peniaga yang sudah lama menunggu tapak niaga baru memandangk­an tapak sedia ada tidak sesuai kerana ia mengganggu lalu lintas, menyebabka­n keadaan sesak, selain pihak MPAJ sering mempersoal­kan kebersihan di kawasan itu,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT ?? SUKARELAWA­N bergotong-royong mengecat bahu jalan.
FOTO: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT SUKARELAWA­N bergotong-royong mengecat bahu jalan.
 ??  ?? PONDOK menunggu diberi nafas baru.
PONDOK menunggu diberi nafas baru.
 ??  ?? AZWANDDIN
AZWANDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia