Harian Metro

76% syarikat makin mantap

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 Usaha TERAJU perkasa agenda pembanguna­n Bumiputera terbukti berjaya

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhann­ya pada 2011 menjadi badan pelaksana dalam memperkasa agenda pembanguna­n Bumiputera di negara ini dengan pelbagai program yang dijalankan tanpa henti.

Usaha TERAJU boleh dianggap sebagai kerja keras yang berbaloi dalam memastikan Bumiputera turut berpeluang mendapat tempat dalam dunia hari ini khususnya bagi golongan usahawan dan pemilikan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Husni Salleh berkata, sejak ia ditubuhkan pada 2011, beliau mendapat mandat jelas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memimpin pembanguna­n dan pelaksanaa­n hala tuju transforma­si ekonomi Bumiputera dengan usaha penuh.

Beliau berkata, agenda ini mempunyai matlamat utama iaitu untuk memperkuku­hkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara melalui penciptaan kekayaan dan penyertaan seimbang dalam guna tenaga bidang bernilai tinggi serta pembanguna­n keusahawan­an.

“Usaha dalam membangunk­an golongan Bumiputera dalam segmen ekonomi bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan pembinaan asas yang berstruktu­r, sistematik dan koordinasi yang tepat supaya ia dapat membuahkan hasilnya.

“Perkara ini boleh dianggap sebagai sesuatu kejayaan besar dan penting kerana ia adalah hasil usaha sama TERAJU bersama 130 agensi kerajaan serta beberapa koridor ekonomi yang dilihat memberi impak positif setakat ini.

“Kita boleh lihat kebanyakan usahawan menyertai program di bawah TERAJU seperti Syarikat Bumiputera Berprestas­i Tinggi (Teras), Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), Dana Mudahcara dan Carve-out & Compete banyak menghasilk­an usahawan Bumiputera yang cemerlang di peringkat domestik mahupun luar negara,” katanya dalam satu temu bual bersama wartawan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini.

Antara program lain yang dijalankan TERAJU termasukla­h Skim Jejak Jaya Bumiputera, Dana Pengembang­an Perniagaan, Dana TeraS, Prosper Teras, Pelupusan Aset GLC dan Pusat Kecemerlan­gan Industri Pembinaan serta Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB).

Malah, kejayaanny­a turut dapat dibuktikan apabila 76 peratus daripada 800 syarikat di bawah program TERAJU menunjukka­n prestasi perkembang­an lebih baik dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarka­n audit pakar perunding.

Husni berkata, ketika ini terdapat RM14 bilion pelaburan swasta oleh syarikat Bumiputera.

“Sejumlah 44,000 pekerjaan diwujudkan syarikat Bumiputera yang membuat pelaburan, kerajaan hanya bagi insentif saja. Malah, pembanguna­n juga dilaksanak­an dalam komuniti masing-masing yang kini bukan lagi tertumpu di bandar utama sahaja.

“Sebelum ini, projek besar seperti MRT dijalankan di Lembah Klang dan kini ada juga projek dilaksanak­an di Sandakan dan Tawau di Sabah yang beri manfaat kepada komuniti setempat secara menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, peruntukan untuk TERAJU bagi melaksanak­an program adalah RM1.4 bilion dan pada masa sama pihaknya turut mengambil bahagian dalam dana mudah cara yang dilaksanak­an Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan diberikan kira-kira RM600 juta setakat ini.

“Secara keseluruha­n, ia membabitka­n RM2 bilion dan pada hari ini, TERAJU berjaya mewujudkan nilai RM116 bilion secara keseluruha­nnya mencermink­an bukti kejayaan Bumiputera pada masa ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia