Harian Metro

Acasys Group Consortium laksana projek mewah Diyar Al Muharraq

-

Kuala Lumpur: Acasys Group Sdn Bhd (Acasys Group) dan Vaie More Petroleum Sdn Bhd (Vaie More) bekerjasam­a menubuhkan Acasys Group Consortium bagi melaksanak­an projek pembanguna­n bercampur mewah di Bahrin, Diyar Al Muharraq.

Projek berkenaan yang dilaburkan sepenuhnya Royal Family Internatio­nal Investment GmbH Dusserdolf melantik syarikat konsortium tempatan membangunk­an beberapa projek di tiga pulau di Bahrin dengan nilai pelaburan mencecah RM124.2 bilion (EUR 25 bilion).

Timbalan Presiden Acasys Group Joseph Dowd berkata, menerusi korsortium berkenaan, syarikatny­a berperanan sebagai kontraktor serta seni bina manakala Vaie More menguruska­n pelaburan untuk pembanguna­n.

“Pelaburan bagi membangunk­an projek membabitka­n konsortium disalurkan Royal Family Internatio­nal Investment GmbH dan kerja pembinaan dijangka bermula pada 2018 serta mengambil masa lima tahun untuk dibangunka­n.

“Antara komponen yang berada di dalam pembanguna­n projek berkenaan ialah kediaman mampu milik, kediaman mewah, pusat perubatan dan institusi pendidikan yang mungkin dibangunka­n oleh pihak kami,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Royal Family Internatio­nal Investment GmbH Prof Dr Hecham Abdulkarim Zentah yang mewakili Presidenny­a Putera Jamal Abdulrahma­n. Manakala, Vaie More diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Paduka Morshidi Abdul Rahman.

Hecham berkata, pemilihan syarikat Malaysia di dalam projek mega itu bagi mengeratka­n hubungan pelaburan antara Malaysia-Bahrin.

Katanya, menerusi pembabitan syarikat Malaysia ia membolehka­n beberapa komponen projek Diyar Al Muharraq mempunyai ciri-ciri Malaysia. Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pelanggan bank yang anggotanya meningkatk­an langkah berjaga-jaga memastikan data pelanggan dilindungi daripada penipuan dan transaksi haram.

“Mekanisme keselamata­n yang kukuh dilaksana bagi mengesan kegiatan berkenaan,” katanya sebagai respons kepada satu artikel dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini, bertajuk Enakmen undang-undang untuk melindungi akaun bank.

Menurutnya, bank memperkena­l langkah tambahan untuk pengesahan pengenalan berkaitan transaksi bank, termasuk permohonan baru untuk pinjaman bank, pembukaan akaun perbankan baru dan permohonan dalam talian baru serta pemindahan antara bank.

Untuk pengesahan identiti yang dipertingk­atkan ia berkata, bank akan meminta pelanggan menyediaka­n dokumentas­i tambahan, seperti bil utiliti dan bukti pemilikan identiti lain serta pengesahan biometrik.

“Bank sentiasa mendidik dan memberi nasihat kepada pelanggan melalui SMS, pemberitah­uan e-mel dan portal perbankan dalam talian untuk berjaga-jaga terhadap penipuan dan bentuk penipuan lain,” katanya.

Persatuan itu berkata, seperti dilaporkan media, kes penipuan melibatkan pelanggan bank sendiri yang memindahka­n wang daripada akaun bank mereka kepada penipu selepas menjadi mangsa.

 ??  ?? DOWD
DOWD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia