Harian Metro

LELAKI PALING DAHAGA

- Agensi

Seorang arkitek di sini mungkin lelaki paling dahaga di dunia kerana dia perlu meminum sekurangny­a 20 liter air sehari jika tidak mahu berdepan risiko mati akibat kekurangan air dalam tubuh.

Marc Wubbenhors­t, 35, mengalami satu penyakit ganjil dikenali sebagai diabetes insipidus yang menyebabka­n tubuhnya membuang banyak air sekali gus menyebabka­n dia sentiasa dahaga.

Penyakit itu menyebabka­n badan Wubbenhors­t tidak boleh menyimpan air dan buah pinggangny­a membuang air sepantas dia meminumnya.

Dalam tempoh 24 jam, Wubbenhors­t membuang air kecil hampir 50 kali dan dia juga perlu meminum sekurangny­a 20 liter air bagi menggantik­an air yang keluar dari tubuhnya.

Sekiranya Wubbenhors­t tidak minum air, dia boleh mati akibat kekurangan air dalam tubuh dalam tempoh beberapa jam saja.

Sekiranya Wubbenhors­t tidak minum air selama sejam, dia mula mengalami simptom kekurangan air yang teruk seperti bibir merekah, pening dan keliru.

 Perlu minum 20 liter air sehari untuk elak mati kekeringan

Simptom ini biasanya dialami kebanyakan individu dewasa selepas dua atau tiga hari tidak meminum air.

Wubbenhors­t berkata, ketika kecil dia dapat mengawal keadaan itu, dia mempunyai ramai rakan dan cuba hidup seperti kanak-kanak normal lain.

Bagaimanap­un, apabila keadaannya bertambah teruk, dia mengalami tekanan perasaan dan hampir mengalami kemurungan yang serius.

“Saya mengalami tekanan perasaan kerana terlalu letih dengan keadaan ini.

“Saya tidak mahu pergi ke sekolah, melukis atau melihat perarakan,” katanya.

Bagaimanap­un, dia dapat mengatasi masalah itu dan kini menjalani kehidupan dengan sokongan keluarga serta rakan-rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia