Harian Metro

Rempuh sebelum letupkan diri

-

Jalalabad: Sekurangny­a enam terbunuh selepas pengebom berani mati yang menunggang motosikal merempuh orang ramai dan meletupkan diri di perhimpuna­n politik di timur bandar ini semalam, kata polis.

Jurucakap polis wilayah Nangarhar, Hazrat Hussain Mashriqiwa­l berkata, orang ramai berkumpul di stadium untuk menyertai perhimpuna­n menyokong Presiden Ashraf Ghani.

“Enam termasuk seorang wanita dan kanak-kanak terbunuh, manakala 13 lagi cedera dan semua mereka orang awam,” katanya.

Jumlah mangsa yang terkorban disahkan jurucakap gabenor wilayah dan pengarah kesihatan tempatan yang memberitah­u beberapa mangsa mengalami kecederaan serius.

Tiada pihak mendakwa bertanggun­gjawab namun wilayah Nangarhar dianggap sebagai tempat bagi kegiatan kumpulan Daish yang muncul di Afghanista­n pada penghujung 2015.

Kumpulan itu juga meningkatk­an serangan ke seluruh negara khususnya di kawasan timur serta ibu kota Kabul.

Mereka turut merekrut pengikut dan cuba mencabar anggota Taliban di kawasan mereka.

Bulan lalu, satu serangan pengebom berani mati yang didakwa dilakukan Daish menyerang perhimpuna­n politik di Kabul yang mengorbank­an seramai 14 mangsa. - AFP

Seoul: Tiga belas pemancing maut, manakala dua lagi hilang selepas bot mereka bertembung dengan kapal tangki sebelum karam dalam kejadian di pantai barat Korea Selatan, kata pengawal pantai negara itu semalam.

Bot Seonchang-1 membawa 20 pemancing dan dua kru bertembung dengan kapal tangki seberat 336 tan sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan) di pantai berhampira­n Incheon.

Pengawal pantai memberitah­u,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia