Harian Metro

TERUJA BERSAMA

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Liu Ying gembira digandingk­an semula dengan Peng Soon

Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying teruja untuk kembali berpasanga­n bersama Chan Peng Soon bermula Januari depan sekali gus mengulangi kegemilang­an yang pernah mereka kecapi sebelum ini.

Peng Soon-Liu Ying yang memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 terpaksa dipisahkan selepas Liu Ying menjalani pembedahan bahu, Mei lalu.

“Saya gembira dapat kembali bersama dengan Peng Soon. Saya perlu buat apa yang sepatutnya saya lakukan di atas gelanggang.

“Kalau boleh saya perlu mengurangk­an risiko mengalami kecederaan. Dari aspek persefaham­an, saya fikir tiada masalah kerana saya dengan Peng Soon sudah biasa. Saya mahu cuba pulih 100 peratus bagi kembali bersaing dalam kejohanan tahun depan,” kata

Liu Ying.

Sepanjang ketiadaan Liu Ying, Peng Soon digandingk­an bersama pemain beregu campuran muda negara, Cheah Yee See.

Kombinasi yang dibentuk Peng Soon-Yee See menunjukka­n petanda positif apabila mereka menghasilk­an beberapa keputusan cemerlang termasuk menjuarai Grand Prix Terbuka Russia selain layak ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Denmark, bulan lalu.

Malah, mereka juga mara ke separuh akhir Terbuka Macau, awal bulan ini sebelum tewas di pusingan awal Masters Korea minggu lalu.

Liu Ying pula memulakan aksi dengan pasangan baru, Chen Tang Jie dan berjaya muncul juara pada saingan Siri Antarabang­sa India, minggu lalu sebelum terkandas di separuh akhir Cabaran Antarabang­sa India, kelmarin.

Dalam pada itu, Liu Ying memuji prestasi ditunjukka­n Tang Jie sepanjang dua kejohanan yang disertai mereka.

“Sebenarnya dalam kejohanan Cabaran Antarabang­sa India ini saya agak puas hati dengan prestasi Tang Jie. Cuma, kami gagal beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan separuh akhir semalam (kelmarin), banyak kesilapan mudah yang kami lakukan.

“Sejak Tang Jie menyertai BAM (Persatuan Badminton Malaysia) saya dapat lihat peningkata­n yang ditunjukka­nnya, dia pemain yang sentiasa mahu belajar. Cuma, mungkin apabila dia berganding­an dengan saya, dia agak gementar sedikit,” kata Liu Ying.

 ??  ?? PENG Soon
PENG Soon
 ??  ?? PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying raih perak di Rio 2016.
PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying raih perak di Rio 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia