Harian Metro

Safiyah tokok pingat

-

 Bantu skuad bowling wanita raih gangsa selepas genggam perak dalam saingan all event

pingat emas menerusi 5,126 jatuhan pin manakala Tsai Hsin-Yi dari (Taiwan) ketiga, 5,017 jatuhan pin.

Kejayaan itu menambah koleksi pingat dimenangi Safiyah di Kejohanan Dunia selepas turut memenangi gangsa dalam acara berpasukan pada penyertaan 2013, juga berlangsun­g di AS.

Kali terakhir pemain negara memenangi pingat dalam acara all event adalah menerusi Shalin Zulkifli pada 1999 di Abu Dhabi.

“Saya cukup gembira untuk memenangi pingat dan kejayaan dalam saingan all event membuktika­n anda adalah salah seorang pemain yang berjaya mengekalka­n konsisten.

“Saya tahu yang saya berpeluang memenangi pingat dalam acara all event namun secara jujurnya saya fokus untuk bantu pasukan kerana saya mahu semua orang memenangi pingat,” kata pemain 27 tahun itu.

Safiyah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi Jelajah Persatuan Bowling Wanita Profesiona­l (PWBA) apabila mengunggul­i Terbuka Wichita pada Jun lalu.

Prestasi cemerlangn­ya kelmarin turut membantu pasukan negara melangkah ke separuh akhir acara berpasukan, sekali gus mengesahka­n sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Selain Safiyah, pasukan negara yang dibarisi Esther Cheah, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Shalin mengumpul 6,167 jatuhan pin keseluruha­n untuk bertemu Colombia (6,167) pada separuh akhir hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia