Harian Metro

Peluang dekati orang ramai

-

Rawang: Kejohanan berbasikal lasak Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017 yang berakhir di Sungai Buaya, di sini kelmarin menjadi medium terbaik bagi mendekatka­n penaja Honda Malaysia Sdn Bhd dengan orang ramai.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran Honda Malaysia Sdn Bhd, Mohamad Izzat Aziz

berkata, kerjasama dengan Harian Metro (HM) menerusi penganjura­n siri HMMTBGP 2017 berjaya mendekatka­n lagi syarikat pengeluar kereta itu dengan penduduk setempat.

“Siri kejohanan ini menjadi platform buat Honda untuk mendekatka­n diri kita dengan masyarakat, jika sebelum ini mereka kurang mendapat maklumat mengenai kereta ini, menerusi program inilah kita boleh turun padang dan memberi penjelasan kepada mereka.

“HMMTBGP 2017 disifatkan berjaya kerana menerusi tiga siri perlumbaan yang diadakan pada tahun ini, maklum balas yang diterima daripada orang ramai di setiap lokasi yang kita pergi, adalah sangat memuaskan,” katanya.

Pada siri terakhir HMMTBGP 2017 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, kelmarin, Honda Malaysia Sdn Bhd turut membuka khemah yang memaparkan model Honda Jazz Hybrid dan mereka yang berminat untuk menempahny­a turut diberikan diskaun istimewa pada hari berkenaan.

Mohamad Izzat berkata, pihaknya bersedia untuk menjalinka­n kerjasama sekiranya siri kejohanan berbasikal lasak itu akan diadakan pada tahun depan.

“Melihat kepada sambutan pada tahun ini dan sebelumnya, ia adalah siri kejuaraan yang besar dan kita akan teruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? Honda. PENGUNJUNG melawat gerai jualan
Honda. PENGUNJUNG melawat gerai jualan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia