Harian Metro

Masalah teknikal jejas hasrat Yusri

- Amrullah Abdul Karim sukan@hmetro.com.my

Rawang: Berdepan masalah teknikal ketika tiba di laluan terakhir perlumbaan menyebabka­n pelumba Gerik Cycling Team, Muhammad Yusri Shaari 18, terpaksa akur di kedudukan kedua dalam kategori Junior Lelaki kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP), di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, di sini, kelmarin.

Yusri mengakui keadaan itu mengganggu tumpuannya sehinggaka­n dia gagal memintas pelumba SGS Giant Malaysia, Muhammad Khairul Aniq Mohamad Ramli, 19, yang menjuarai perlumbaan itu.

“Saya ada masalah teknikal. Kalau tidak dapat juga saingi dia (Khairul Aniq) yang ketika itu bergerak sama dalam kelompok pelumba lain.

“Saya tertinggal di laluan becak dan berakar kira-kira lima kilometer sebelum garisan penamat,” katanya.

Katanya, pada siri kedua HMMTBGP di Kerteh, Terengganu dia menjuarai kategori itu dan Khairul Aniq di tempat kedua.

Bagaimanap­un, pada siri akhir di Sungai Buaya kelmarin dia memberi laluan Muhammad Khairul Aniq selaku pelumba tuan rumah sebagai juara.

“Saya juara di negeri asal saya dan dapat kalahkan Khairul Aniq di sana.

“Tapi di sini saya hanya di tempat kedua di belakang Khairul Aniq sebab ini tempat asal dia pula,” katanya.

Yusri mengakui trek perlumbaan kali ini lebih mencabar berbanding di Kerteh.

Namun, dia tetap gembira dapat mengakhiri perlumbaan sejauh hampir 36 km yang juga siri terakhir pada tahun ini.

 ??  ?? PESERTA berkumpul sebelum memulakan kayuhan di Bandar Sungai Buaya, Selangor. Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abdul Talib menyampaik­an pingat kepada peserta yang menamatkan HMMTBGP pusingan akhir, kelmarin.
PESERTA berkumpul sebelum memulakan kayuhan di Bandar Sungai Buaya, Selangor. Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abdul Talib menyampaik­an pingat kepada peserta yang menamatkan HMMTBGP pusingan akhir, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia