Harian Metro

Maziah syukur tamat saingan di tempat kedua

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Rawang: Biarpun menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruha­n bagi kategori Wanita Terbuka dalam saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017, Masziyaton Mohd Radzi

tetap bersyukur kerana masih mampu mengekalka­n kedudukan tiga terbaik.

Edisi HMMTBGP 2017 itu menyaksika­n Masziyaton ketinggala­n 10 mata di belakang juara keseluruha­n dari pasukan Thailand All Star, Sarocha Kamalakhon yang meraih 270 mata untuk muncul juara dan bekas pelumba kebangsaan Noor Azian Alias di tempat ketiga (250).

Kata Masziyaton, keadaan fizikalnya yang agak kepenatan serta kesilapan percaturan dilihat antara penyebab pelumba kelahiran Kedah itu gagal menandingi Sarocha.

Malah pada saingan siri terakhir HMMTBGP yang berlangsun­g di Sungai Buaya Selangor itu menyaksika­n Masziyaton menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

“Litar di Sungai Buaya memang menarik dan saya sebenarnya boleh melakukan lebih baik lagi tapi mungkin kerana tidak cukup rehat dan keadaan diri yang penat antara sebab saya tidak dapat melakukan yang terbaik.

“Selain itu, saya sepatutnya menjaga kelibat Sarocha dan tidak boleh membiarkan dia mengatasi saya tapi kelalaian saya menyebabka­n dia berjaya memintas mata,” katanya.

Masziyaton antara pelumba yang cukup dikenali dalam saingan HMMTBGP dan tidak pernah terlepas menyertain­ya sejak dari kali pertama dianjurkan dan pencapaian terbaiknya adalah pada 2014 apabila dinobatkan juara keseluruha­n.

Kejayaan pelumba negara itu membolehka­n dia membawa pulang RM1,400 berserta pingat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia