Harian Metro

Woods ‘gigit jari’

- AFP

 Bekas pemain nombor satu dunia itu ketinggala­n 10 pukulan dengan Hoffman

Harapan Tiger Woods untuk kembali dengan catatan menakjubka­n pudar semalam apabila catatan sepusingan penuh kesilapan menyaksika­nnya merudum daripada senarai pendahulu Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Selepas persembaha­n mantap dalam dua pusingan awal menyaksika­nnya mengumpul tujuh bawah par bagi kejohanan, bekas pemain nombor satu dunia itu mengalami catatan buruk tiga atas par 75 pada pusingan ketiga.

“Apa saja yang saya lakukan betul berakhir di tempat salah dan kemudian apa saja kesilapan yang saya lakukan jelas amat teruk sekali,” kata Woods. “Inilah antara hari-harinya yang tidak menjadi langsung.”

Ia menyebabka­n pemenang 14 kejuaraan utama itu mengumpul empat bawah par, 10 pukulan di belakang pendahulu dari Amerika Syarikat, Charley Hoffman

di lapangan par-72 Albany Golf Club.

Hoffman menangani dua bogey dan satu double-bogey

(gambar)

dengan enam birdie bagi dua bawah par 70 dan 14 bawah par 202 keseluruha­n.

Pemain AS, Jordan Spieth dan Justin Rose dari England berkongsi tangga kedua lima pukulan di belakang, Rose selepas satu bawah par 71 dan Spieth dengan par 72.

Woods, yang beraksi kali pertama sejak Februari lalu, berdepan masalah sejak lubang pertama, melakukan pukulan tee lubang pertama yang singgah di buting pasir bersempada­n fairway.

Pukulan keduanya terkena batu yang tersembuny­i dalam pasir, menyebabka­nnya sukar untuk menyelamat­kan par.

Dia tiba di green selepas tiga pukulan namun terlepas putt untuk melakukan bogey.

Empat lagi bogey menyusul di lubang ketiga, keenam, ketujuh dan ke-10 menyebabka­n cabarannya semakin pudar.

Namun Woods terus berjuang dan akhirnya menemui sentuhan putt untuk berakhir dengan dua birdie pada lubang ke-14 dan 17.

 ??  ?? WOODS
WOODS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia