Harian Metro

Aksi agresif Smith julang PGA Australia

-

Gold Coast, Australia: Cameron Smith memenangi Kejuaraan PGA Australia selepas menundukka­n rakan senegara dari Australia, Jordan Zunic pada lubang play-off kedua di Gold Coast, Queensland, semalam.

Smith dan Zunic mengakhiri kejohanan itu terikat dengan 18 bawah par 270 di

(gambar)

lapangan Royal Pines Resort.

Smith memulakan pusingan akhir tiga pukulan di belakang Zunic namun merakam catatan di bawah 70 buat hari keempat berturut-turut dengan empat bawah par 68 untuk terikat dengan pendahulu semalaman itu.

“Saya cuba kekal agresif sepanjang hari,” kata Smith.

“Dengan kelebihan dimiliki Jordan, saya fikir saya perlu kekal agresif. Saya sedar dia bermain dengan amat bagus.”

Smith, 24, membesar berdekatan Brisbane dan dianggap antara bintang harapan golf Australia.

Dia membesar menyaksika­n kehebatan pemain dari Queensland, Adam Scott dan Jason Day.

“Jason hadir daripada program golf remaja di Queensland dan saya juga menyertai program itu, jadi saya biasa melihatnya bermain,” katanya.

“Saya ingat pernah keluar bersama ibu dan bapa menyaksika­n Adam dan pemain sepertinya (PGA Australia) di Coolum.

“Kemudian ia menjadi satu daripada sasaran saya, saya mahu menang dan sebagai warga Queensland ia lebih istimewa lagi.” - AFP

 ??  ??
 ??  ?? ZUNIC (kiri) bersalaman dengan Smith sejurus kejohanan PGA Australia berakhir
ZUNIC (kiri) bersalaman dengan Smith sejurus kejohanan PGA Australia berakhir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia