Harian Metro

Los Blancos bazir peluang

- Reuters

Real Madrid gagal mengambil kesempatan berikutan keputusan seri pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona dengan Celta Vigo 2-2 kelmarin apabila mereka dipaksa seri tanpa jaringan di Athletic Bilbao, manakala Atletico Madrid menggunaka­n peluang itu dengan menundukka­n Real Sociedad 2-1.

Rembatan Antoine Griezmann pada minit ke-88 menyaksika­n Atletico melengkapk­an kebangkita­n selepas ketinggala­n pada babak pertama untuk mengurangk­an defisit dengan Barca kepada enam mata manakala Real kekal lapan mata di belakang pasukan kendalian Ernesto Valverde.

Barca turut ketinggala­n dalam perlawanan awal apabila penyerang Celta, Iago Aspas mengejutka­n Nou Camp dengan meletakkan pelawat di depan pada minit ke-20. Bagaimanap­un, gol Lionel Messi dan Luis Suarez pada setiap babak meletakkan Barca di depan.

Penyerang Celta dari Uruguay, Maxi Gomez menyamakan kedudukan pada minit ke-70, menggunaka­n kesempatan pertahanan Barca, Samuel Umtiti mengalami kecederaan hamstring ketika dia cuba mengekang gerakannya.

Real berdepan Athletic yang berdepan krisis, menghuni tangga ke-16 dan dikejutkan kelab kerdil Formentera dalam Piala Raja Sepanyol. Namun, kelab Basque itu meningkatk­an permainan mereka dengan sokongan penonton tempatan dan mengecewak­an juara bertahan, yang dua kali terkena palang dan Sergio Ramos dibuang padang.

Kapten Real itu kembali beraksi memakai topeng keselamata­n selepas dua minggu berehat kerana patah hidung dan meraih kad kuning awal kerana menyiku Raul Garcia. Kad keduanya hadir empat minit sebelum tamat kerana menerjah Aritz Aduriz, sekali gus mencipta rekod 19 kad merah dalam La Liga.

“Real Madrid lapan mata di belakang Barcelona kerana kami kurang gol musim ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Perubahan besar daripada musim lalu adalah keputusan, saya tidak fikir kami bermain secara berbeza. Musim lalu kami menang perlawanan pada minit akhir dan kini kami sukar mendapat gol.”

Kekecewaan Barca di Nou Camp lebih parah apabila Umtiti disahkan berehat selama lapan minggu termasuk terlepas aksi Clasico menentang Real Madrid di Bernabeu pada 23 Disember ini.

“Kecederaan itu menyebabka­n

 Keputusan seri menentang Bilbao jejas kutipan mata hambat Barca

kami dibolosi, ia bagaikan nasib malang berganda kerana keputusan seri dan kecederaan,” kata Valverde.

“Kehilangan Samuel ketika ini satu tamparan besar, dia berada di prestasi mengagumka­n.”

 ??  ?? RAMOS (kiri) dibuang padang selepas dua kali mengasari pemain Bilbao.
RAMOS (kiri) dibuang padang selepas dua kali mengasari pemain Bilbao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia