Harian Metro

APA DAH JADI ARSENAL?

- Reuters

 Wenger kecewa pasukan dibenam United di laman sendiri

London

Arsene Wenger nyata kecewa dengan permulaan buruk anak buahnya ketika tumbang 1-3 kepada Manchester United yang menyaksika­n rekod kebal di halaman sendiri lebur selepas menang 12 perlawanan di Stadium Emirates sebelum ini.

Biarpun menguasai aksi dengan melancarka­n serangan bertali arus ke kubu United, dua gol

yang dilepaskan

dalam tempoh 11 minit awal babak pertama jelas meragut peluang Arsenal untuk meraih tiga mata di depan penyokong sendiri.

Antonio Valencia dan Jesse Lingard masing-masing menggegar gawang tuan rumah pada minit keempat dan ke-11 sebelum Alexandre Lacazette membalas pada babak kedua untuk merapatkan kedudukan kepada 2-1.

Ketika Gunners berusaha memburu gol penyamaan, Lingard sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol ketiga pelawat pada minit ke-63 sekali gus menyaksika­n Arsenal mengalami kekalahan

pertama liga di halaman sendiri sejak Januari lalu. “Saya rasa kami tidak bermula dengan baik terutamany­a di bahagian pertahanan dan itu hakikatnya,” kata Wenger yang hanya menang dua kali dalam 19 pertemuan berdepan pengurus United, Jose Mourinho.

“Secara psikologi, ketinggala­n 0-2 di awal perlawanan agak sukar untuk bangkit. Mungkin mental pemain juga terganggu dengan kejutan dua gol itu.

“Ya, kami bermain baik sepanjang perlawanan, namun kesilapan mudah pemain akhirnya memakan diri. Kami tidak boleh membuat kesalahan seperti itu terutamany­a dalam aksi penting,” katanya.

Begitupun, Wenger masih tetap mempertaha­nkan persembaha­n anak buahnya sambil mengakui penjaga gol United, David de Gea turut menyumbang kepada kekalahan itu. “Saya tidak tahu jika anda pernah melihat mana-mana aksi bertaraf dunia yang mempunyai 33 percubaan tepat ke gawang lawan dan statistik itu menunjukka­n kami mendominas­i perlawanan.

“Namun, saya tetap kecewa kerana kami gagal menyumbat gol, meskipun menguasai perlawanan. Apa pun, saya bangga dengan sikap pemain yang tidak menyerah kalah dan berharap kami akan tampil lebih baik dalam aksi berikutnya,” katanya.

Kekalahan itu menyaksika­n Arsenal merudum ke tangga kelima dengan 28 mata daripada 15 perlawanan, satu mata di belakang Liverpool dan 12 di belakang pendahulu

Manchester

City.

 ??  ?? WENGER terkilan pemain kerap melakukan kesilapan mudah. LACAZETTE ledak
gol sagu hati Arsenal.
VALENCIA (kanan) diasak Laurent Koscielny. LINGARD (atas) dua kali tewaskan Petr Cech.
WENGER terkilan pemain kerap melakukan kesilapan mudah. LACAZETTE ledak gol sagu hati Arsenal. VALENCIA (kanan) diasak Laurent Koscielny. LINGARD (atas) dua kali tewaskan Petr Cech.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia