Harian Metro

‘De Gea penjaga gol terbaik dunia’

-

London: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuji persembaha­n David de Gea sambil melabelkan­nya sebagai penjaga gol terbaik dunia selepas pasukannya menang 3-1 ke atas Arsenal awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksika­n United kini hanya ketinggala­n lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Pada aksi di Stadium Emirates, anak buah Mourinho ternyata unggul berada di depan menerusi dua gol awal Antonio Valencia pada minit keempat dan Jesse Lingard enam minit kemudian.

Meskipun Arsenal cuba bangkit untuk memburu gol, De Gea jelas berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya penyerang tuan rumah sebelum mereka akhirnya meraih satu gol hasil percubaan Alexandre Lacazette empat minit selepas rehat.

Kebangkita­n yang diharapkan penyokong tuan rumah tidak kesampaian apabila Lingard sekali lagi mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-63 untuk memastikan tiga mata berharga dibawa pulang ketika pemain tengah United, Paul Pogba dilayangka­n kad merah selepas menjatuhka­n Hector Bellerin.

“Anda memerlukan penjaga gol seperti De Gea untuk meraih kemenangan. Usaha keras pemain sungguh mengagumka­n,”

Brighton, England: kata pengurus yang berasal dari Portugal itu.

Mengulas mengenai layangan kad merah Pogba, Mourinho berkata, Arsenal juga seharusnya bermain dengan 10 pemain selepas Laurent Koscielny menerjah keras ke atas ayam tambatanny­a,

Romelu Lukaku.

“Saya tidak tahu,” ka- tanya. “Saya mahu anda menilai sendiri terjahan keras Koscielny ke atas Lukaku. Begitupun, saya gembira cara kami bermain malam ini.

“Arsenal pasukan yang bagus terutama ketika melancarka­n serangan, namun pemain saya berjaya menghalang percubaan pemain tuan rumah,” katanya. - AFP

 ??  ?? AKSI mantap De Gea berjaya mematahkan beberapa cubaan bahaya penyerang Arsenal.
AKSI mantap De Gea berjaya mematahkan beberapa cubaan bahaya penyerang Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia