Harian Metro

‘Keputusan Tok Gajah tepat’

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Jamal anggap PBNP tidak wajar dipersalah­kan hanya kerana menolak tawaran sertai Piala AFC

Keputusan Pahang menolak tawaran menyertai Piala AFC tepat walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta skuad itu mempertimb­angkan semula keputusan awal mereka.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail Kuala Lumpur: ‘Kedegilan’ Pahang untuk tidak bertanding dalam saingan Piala AFC musim depan disifatkan memakan diri sendiri kerana hanya pasukan itu saja dilihat mengalami kerugian yang begitu besar.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaska­n keputusan ‘pelik’ yang diambil Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sebenarnya menjejaska­n peluang pemain tempatan dan pemain muda skuad Tok Gajah daripada mendapat pendedahan beraksi di peringkat yang lebih

(gambar)

(gambar)

berkata, keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) itu seharusnya diterima semua pihak.

Menurutnya, Pahang tidak boleh dipersalah­kan menolak tawaran itu kerana mereka tidak layak secara merit sebaliknya menggantik­an Kedah yang tidak dapat beraksi kerana tidak memiliki lesen AFC.

“Pada pandangan saya, keputusan Pahang menolak tawaran menyertai Piala AFC tepat kerana mereka ditawar tinggi dan bukan sekadar mengharapk­an aksi di kancah liga tempatan saja.

Jelas Sadek, Pahang juga dilihat melepaskan peluang untuk ‘membuat duit’ khususnya dari segi penajaan memandangk­an mereka boleh membawa jenama penaja pasukan itu dalam perlawanan di peringkat benua Asia, sekali gus menjana pendapatan selain bayaran siaran langsung membabitka­n perlawanan pasukan terbabit.

“Kalau dilihat secara keseluruha­n, Pahang satu-satunya pasukan yang rugi dalam isu ini. Bukan selalu pemain tempatan dan pemain bukannya disahkan beraksi pada pertanding­an itu.

“Pada masa sama, keputusan Pahang juga mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu pasukan belum bersedia serta tidak mempunyai cukup masa untuk membentuk barisan terbaik.

“Bagi mengelak menjadi pasukan yang gagal mempamer aksi terbaik di Piala AFC hingga memberi kesan terhadap mutu bola sepak negara, PBNP berasakan lebih baik menolak tawaran itu.

“Bagi saya hanya barisan kepimpinan PBNP yang tahu prestasi pasukan hingga memutuskan untuk menolak tawaran selepas Kedah tidak dibenarkan beraksi,” katanya.

Jamal berkata, dalam isu itu, FAM sepatutnya membantu Kedah sama ada mendapatka­n lesen sementara daripada AFC bagi membolehka­n skuad Helang Merah beraksi.

“Bagi saya tidak adil mengambil tindakan terhadap Pahang dan ia sememangny­a tidak sepatutnya dilakukan kerana Pahang bukannya layak secara automatik.

“Sebaiknya FAM mencari jalan penyelesai­an terbaik iaitu membantu Kedah mendapatka­n lesen bukannya bertindak untuk menghukum Pahang,” katanya.

Teka-teki mengenai kedudukan Pahang dalam Piala AFC 2018 terjawab kelmarin apabila PBNP tetap menolak mewakili Malaysia musim depan.

mata untuk menduduki tangga ke-13 selepas mengumpul 29.300 mata.

 ??  ?? PBNP tetap dengan keputusan untuk tidak menghantar pasukan ke saingan Piala AFC.
PBNP tetap dengan keputusan untuk tidak menghantar pasukan ke saingan Piala AFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia